suria

Pantau 5 situasi ini... itulah isyarat badan jika terlebih ambil gula

Badan kita akan memberi beberapa signal apabila kandungan gula tinggi.

MAKANAN atau minuman manis memang enak dan disukai ramai tetapi pengambilannya secara berlebihan boleh menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya.

Umum mengetahui gula dapat meningkatkan risiko penyakit seperti diabetes dan lebih membimbangkan ia juga boleh menyebabkan komplikasi lain seperti penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN: Inspirasi legasi arwah bapa... Dr. Mustafa cari 12 pesakit obesiti kurang mampu, tawar pembedahan bariatrik percuma!

Untuk mencegahnya, seseorang perlu bijak membataskan pengambilan gula iaitu sebanyak empat sudu makan atau sekitar 50 gram setiap hari.

Sayangnya, tidak ramai yang mengikut saranan itu dan sering mengambil gula lebih daripada yang sepatutnya.

Pun begitu, ada beberapa tanda yang boleh kita kenali dan kesan apabila tubuh terlebih gula. Berikut adalah lima tanda-tandanya.

gula_20171009_211946

Pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.

1. Perut kembung

Terlalu banyak mengambil gula boleh menyebabkan perut berasa kembung. Ini kerana bakteria jahat sangat gemar 'makan' gula dan menghasilkan gas. Penghasilan gas berlebihan ini dapat menimbulkan rasa sakit, tidak selesa pada perut dan menyebabkan kembung.

2. Jerawat

Jerawat bukan sahaja disebabkan masalah kulit seperti berminyak tetapi gula juga boleh menjadi penyebabnya. Kajian pada 2018 turut mendapati mereka yang mengambil minuman manis tujuh kali setiap minggu lebih berisiko mengalami masalah jerawat yang teruk.

How-eating-sweets-impacts-your-memory-505x337

Ketagihan terhadap makanan manis boleh mendatangkan bahaya.

3. Susah tidur

Pengambilan makanan atau minuman bergula akan meningkatkan tenaga dengan cepat. Jika mengambil gula pada waktu malam, tubuh yang sepatutnya berehat menjadi segar dan aktif.

Jika anda mengalami masalah tidur, sebaik-baiknya kurangkan pengambilan gula pada waktu malam.

4. Ketagihan terhadap benda manis

Cokelat, kek atau minuman manis memang boleh memberi keseronokkan tetapi kajian pada 2019 mendapati, lebihan gula juga boleh membuatkan seseorang menjadi ketagih.

Sebab itu juga apabila seseorang itu sudah berasa kenyang mereka tetap ingin mengunyah atau minum sesuatu yang manis. Sekiranya seseorang sering ingin makanan dan minuman manis, ia mungkin disebabkan ketagihan.

Makanan Bebas Gula 1200-x-600

Amalkan pemakanan seimbang agar tahap kesihatan tetap dalam keadaan baik.

5. Berat badan berlebihan

Gula adalah kepantangan ketika seseorang sedang cuba untuk mengurangkan berat badan. Ini disebabkan glukosa yang diubah kepada glikogen dan disimpan di dalam otot dan hati.

Ketika simpanan glikogen sudah penuh, glukosa yang masih tersisa akan menjadi trigliserida atau lemak. Seiring dengan waktu, lemak boleh menumpuk di jantung, hati dan pankreas.

Akibatnya, ukuran pinggang bertambah dan risiko penyakit kardiovaskular juga meningkat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain