suria

Gali ilmu... OKU penglihatan berpeluang dalami agama, al-Quran Braille ada jawapannya

Junaidah menunjukkan Al-Quran Braille kepada golongan OKU penglihatan

SEPERTI insan lain, golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan merupakan insan yang harus dibantu dalam kehidupan seharian.

Malahan, ada yang menganggap OKU penglihatan ini sering dianaktirikan oleh pihak yang tidak cakna akan aktiviti seharian mereka.

file7kcxfm2cmd5xe4wj8he

Junaidah berucap di dalam Program Nur al-Quran

Menurut Ketua Perkhidmatan Jabatan Korporat Siti Khadijah (SK), Junaidah, hanya 30 peratus golongan OKU penglihatan yang mampu membaca dan ia kerana kurangnya bahan bacaan.

Rentetan daripada senario itu, pihak SK terus mengambil inisiatif dengan membantu menyumbangkan al-Quran Braille supaya golongan istimewa itu dapat membudayakan kitab suci itu dalam kehidupan harian.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan tak tahu, banyak kebaikan susu kambing... pendakwah terkenal Ustaz Jafri tampil 3 perasa jenama Faa-iz

file7kcximy16lk10u2j68hd

Sebanyak 10 set Al- quran Braille diserahkan kepada golongan OKU penglihatan.

Program "Nur al- Quran" ini menyaksikan syarikat perintis telekung terkemuka di Malaysia ini menyerahkan sumbangan al- Quran Braille kepada golongan OKU penglihatan.

Program ini juga dapat membuka mata masyarakat mengenai kekangan golongan OKU penglihatan untuk memiliki bahan bacaan di mana permasalahan ini harus diketengahkan untuk kesedaran semua pihak.

Pada majlis sama, pihak SK Cakna turut menjual buku doa harian dan seluruh hasil jualan akan disalurkan kepada Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM). Selain itu, orang ramai juga boleh membeli dan beramal untuk sumbangan cetakan al-Quran Braille.

Presiden PPOBM, Muhammad Huzaifah meminta semua pihak untuk membantu memberikan sumbangan cetakkan bahan bacaan selain daripada al- Quran Braille bagi melahirkan lebih ramai golongan OKU penglihatan yang boleh membaca.

Sumbangan boleh dibuat menerusi laman sesawang ppobm.org.my atau boleh ke pejabat untuk maklumat lebih lanjut.

file7kcxif2cdvbepaem8hd

Syakirah (kiri) dan Fatin Nabilah (kanan) menunjukkan al- Quran Braille yang diterima oleh golongan OKU penglihatan.

Oleh kerana huruf Braille menggunakan enam titik untuk menghasilkan satu huruf, cetakan al- Quran Braille akan dipecahkan kepada tiga set dan setiap set mengandungi 10 jilid. Pencetakkan al- Quran Braille ini bersaiz A4 untuk memudahkan setiap golongan OKU penglihatan untuk dibawa kemana sahaja.

Proses al- Quran Braille juga mengambil masa kira- kira tiga atau empat hari dan ia boleh berlanjutan ke satu minggu untuk dicetak dan membukukan sebelum dikulitkan. Selepas selesai proses pembukuan yang dilaksanakan di pejabat PPOBM sendiri, barulah dihantar ke pihak ketiga untuk dikulitkan.

Setiap naskhah akan disemak selepas dicetak untuk memastikan titik Braille diletakkan di tempat yang betul.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain