suria

Jangan tak tahu, banyak kebaikan susu kambing... pendakwah terkenal Ustaz Jafri tampil 3 perasa jenama Faa-iz

Pengerusi KIDaF yang juga pendakwah terkenal, Jafri Abu Bakar@Mahmud bersama tiga perisa susu kambing Faa-iz.

SUSU kambing merupakan salah satu jenis susu yang semakin popular dan menjadi pilihan. Faktanya, 65 peratus daripada produksi susu di peringkat global adalah susu kambing!

Berbanding dengan susu lembu, susu kambing lebih kental dan lembut selain memiliki pelbagai nutrisi yang bermanfaat bagi manusia.

Dalam secawan susu kambing, terdapat 168 kalori, sembilan gram protein, 10 gram lemak, 11 gram karbohidrat dan 11 gram gula selain kaya dengan kalsium, kalium, fostor dan magnesium.

ARTIKEL BERKAITAN: Hipertensi buat anda risau... 5 tanaman herba ini penawar tekanan darah tinggi

Selain itu, susu kambing juga mengandungi banyak vitamin A malah kajian menunjukkan pengambilan vitamin A dapat membantu mengurangkan risiko katarak, kanser dan mencegah demam campak pada kanak-kanak.

Berikut adalah beberapa kebaikan pengambilan susu kambing untuk kesihatan.

Susu Kambing x

Susu kambing mempunyai pelbagai khasiat.

1. Kesihatan jantung

Susu kambing adalah sumber magnesium yang cukup baik untuk kesihatan jantung yang membantu mengekalkan denyutan jantung normal dan menghalang pembentukan darah beku.

Ia juga dapat meningkatkan penghasilan kolesterol baik dalam tubuh sekaligus menjaga kesihatan jantung manusia.

2. Menguatkan tulang

Satu cawan susu kambing boleh membekalkan sebanyak 327 miligram kalsium dan ia lebih tinggi berbanding secawan susu lembu.

Tidak hanya itu, ia kaya dengan vitamin D yang membantu penyerapan kalsium dalam tubuh dan membantu menguatkan tulang. Selain itu, susu kambing juga mempunyai protein CSN1S2 yang berfungsi sebagai agen anti-osteoporosis.

3. Kesihatan kulit dan rambut

Susu kambing kaya dengan 'fatty acids' dan 'triglycerides', dan kedua-dua ini sangat baik untuk kulit. Ia juga kaya dengan vitamin A, nutrien yang penting untuk kulit.

Kandungan laktid asid dalam susu kambing juga melembabkan dan mencerahkan kulit. Jangan tidak tahu, anda juga boleh menggunakan susu kambing untuk mencuci wajah setiap pagi!

Penggunaan syampu susu kambing dapat meningkatkan kesihatan rambut. Ini kerana rambut memerlukan nilai pH seimbang seperti tubuh manusia. Sifat susu kambing yang alkali dapat membantu rambut mendapatkan pH seimbang dan menyihatkan rambut.

4. Lebih mudah dihadam

Kandungan fat globules dalam susu kambing membolehkan ia lebih mudah dihadam. Ini kerana apabila susu itu masuk ke dalam perut, protein di dalamnya akan membentuk 'curd' yang lebih lembut berbanding susu lembu dan ini mengurangkan iritasi.

5. Masalah lactose intolerants

Susu kambing mempunyai kandungan laktosa yang rendah. Ia merupakan pilihan yang baik oleh mereka yang menghidapi masalah 'lactose intolerant'. Susu kambing juga mudah dihadam oleh mereka yang mempunyai perut yang sensitif.

Ustaz Jafri

Jafri memberitahu tiga perisa susu kambing itu terhasil daripada kajian secara rambang ke atas pengguna dan pengedar susu Faa-iz.

Susu kambing pelbagai perisa

Melihat kepada susu kambing semakin menjadi pilihan ramai kerana khasiatnya, Kompleks Islam Darul Faizin (KIDaF) mengambil pendekatan untuk memperluaskan pasaran minuman itu dengan menghasilkan pelbagai perisa dalam memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna.

Pengerusi KIDaF yang juga pendakwah terkenal, Jafri Abu Bakar@Mahmud memberitahu pihaknya memperkenalkan tiga perisa iaitu cokelat, vanila dan strawberi selepas melakukan kajian rambang.

"Kita bermula dengan susu Faa-iz biasa tanpa perisa selama lebih setahun di pasaran sehingga pada suatu ketika kami merasakan ada keperluan untuk mengeluarkan susu yang berperisa.

"Jadi pihak kami lancarkan tiga perisa iaitu cokelat, vanila dan strawberi. Tiga perisa ini terhasil daripada kajian secara rambang ke atas pengguna dan pengedar-pengedar susu Faa-iz,” katanya.

Jafri berkata, idea untuk membangunkan Susu Kambing Faa-iz tercetus ketika terlalu sibuk dengan pelbagai program sehingga kadangkala tidak sempat untuk makan.

Beliau turut memikirkan cara alternatif menjana pendapatan untuk madrasah dan tidak hanya bergantung dengan kutipan sumbangan untuk kelangsungan operasi semata-mata.

Susu Kambing 1

Susu Kambing Faa-iz bukan sahaja enak tetapi mempunyai pelbagai khasiat.

Cara terbaik adalah dengan memulakan perniagaan ini memandangkan KIDaF tidak mengenakan yuran kepada pelajar.

"Sememangnya Al-Faizin Marketing adalah perniagaan yang menyumbang kepada ekosistem KIDaF. Memandangkan kita tidak mengenakan sebarang yuran kepada pelajar tahfiz dan warga emas, melainkan hanya membayar sewa rumah di Darul Faizin, maka kita memerlukan dana yang agak besar dan buat masa kini mencecah RM30,000 sebulan serta bertambah dari semasa ke semasa.

"Jadi kita tidak ada sumber pendapatan lain selain membuat kutipan sumbangan. Sampai bila kita hendak membuat kutipan seperti itu. Kita tidak mahu bergantung dan kita mahu menjana pendapatan sendiri untuk paling tidak pun, menampung perbelanjaan bulanan termasuk pengurusan, gaji dan sebagainya.

"Akhirnya wujud Al-Faizin Marketing. Jadi sesiapa yang membeli barangan menerusi syarikat ini secara tidak langsung turut menyumbang kepada pembangunan dan pengurusan KIDaF," kata Jafri.

Susu Kambing Faa-iz banyak kelebihan

Menurut Jafri, banyak kelebihan susu Faa-iz berbanding susu lain di pasaran. Ketika proses formulasi bermula, beliau menekankan agar susu yang dipilih perlulah susu gred A, kerana bukan saja ia lebih pekat, ia juga tiada bau hamis kambing.

"Ramai tahu akan kelebihan susu kambing sebagai ‘Miracle Food’. Susu terbaik di dunia selepas susu ibu ialah susu kambing. Jadi kita masukkan beras perang yang jarang-jarang dibuat orang. Tujuannya yang pertama adalah untuk menghilangkan bau hamis kambing dan keduanya membantu kita untuk merasa kenyang.

xx

Penghasilan produk ini adalah cara alternatif menjana pendapatan untuk madrasah dan tidak hanya bergantung dengan kutipan sumbangan untuk kelangsungan operasi semata-mata.

"Kita juga memasukkan kurma untuk memberikan tenaga segera sekali gus bertujuan untuk menggantikan gula,” jelas Jafri sambil mengakui Susu Kambing Faa-iz boleh diminum oleh mereka yang menghidap kencing manis.

Jelas ustaz Jafri, Ginko Biloba turut dimasukkan untuk kecerdasan otak bagi manfaat pelajar yang menghafaz al-quran selain warga emas yang mampu meningkatkan ingatan selain garam bukit yg banyak khasiatnya sebagai penambah perisa.

Apa yang lebih menarik, walaupun ia memiliki kelebihan sedemikian rupa namun harganya masih sangat berpatutan jika dibandingkan dengan produk lain di pasaran.

Paling penting ia sesuai untuk semua peringkat umur daripada sekecil-kecil anak yang berusia 2 tahun sehinggalah kepada warga emas.

Inisiatif lain yang bakal dibangunkan Al-Faizin Marketing dalam pembangunan ekosistem KIDaF setakat ini adalah untuk menjalankan dobi layan diri di Seberang Prai selain berharap dapat membuka lagi beberapa lagi cawangan lain di seluruh malaysia.

Selain itu kami juga mengusahakan dua Inap Desa yang diharap dapat diperluaskan pasarannya dan selain produk minuman susu, kami mungkin akan mengeluarkan beberapa lagi produk makanan di masa akan datang,” katanya

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain