suria

Hipertensi buat anda risau... 5 tanaman herba ini penawar tekanan darah tinggi

Misai kucing dipercayai dapat menurunkan tekanan darah tinggi.

MASALAH tekanan darah tinggi adalah keadaan yang tidak boleh diabaikan. Ini kerana tekanan darah tinggi dapat menyebabkan pelbagai komplikasi berbahay seperti penyakit jantung dan angin ahmar.

Lebih parah, hipertensi biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala sehingga pesakit tidak menyedari mereka mempunyai masalah itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Badan berbau antara 5 kesan terlalu banyak makan daging merah

Ini membuatkan hipertensi sebagai silent killer.

Oleh itu, ketika membaca tekanan darah sistolik lebih daripada 140mmHg dan diastolik 90mmHg, kita harus memperbaiki gaya hidup agar tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

Selain ubat-ubatan bagi mengawal tekanan darah, penderita penyakit itu juga boleh cuba tanaman herba dalam memastikan tekanan darah mereka sentiasa dalam keadaan baik.

Namun penggunaan tanaman herba ini sebagai ulam atau masakan perlu dibuat secara berhati-hati dan sebaik-baiknya mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

khasiat-saderi

1. Saderi

Saderi sangat terkenal sebagai tanaman herba yang baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Apigenin yang terdapat di dalamnya mampu bertindak sebagai pendinding yang memperlahankan degupan jantung sekaligus menurunkan aliran darah.

Sementara itu, glikosida yang bersifat diuretik dapat membantu buah pinggang mengeluarkan lebihan cecair dan garam dari tubuh yang akan menurunkan tekanan darah.

Misai kucing dipercayai dapat menurunkan tekanan darah tinggi.

2. Misai kucing

Misai kucing mengandungi kalium pada bahagian daunnya malah dapat dimanfaatkan sebagai diuretik dan membantu memecahkan batu karang.

Kehadiran inositol serta flavanoid juga menyumbang kepada tumbuhan itu sebagai agen diuretik dan turut membantu merendahkan tekanan darah tinggi.

7f9b854327f602de02a09678162df912

3. Pegaga

Pegaga banyak digunakan dalam masakan masyarakat Melayu termasuk sebagai ulam. Kajian turut menunjukkan penggunaan pegaga mampu membantu menurunkan kadar tekanan darah.

Kandungan zat aktif iaitu asiatikosid yang terdapat di dalamnya berperanan dalam melancarkan aliran darah.

turmeric-root-and-powder

4. Temulawak

Temulawak adalah tanaman yang secara tradisional digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit, termasuk hipertensi. Temulawak terbukti mengandung flavonoid yang memiliki fungsi melindungi endotel vascular.

Hasil kajian turut menunjukkan pemberian temulawak dalam kombinasi dengan misai kucing, saderi, pegaga dan kunyit dapat menurunkan tekanan darah pada tikus yang mengalami hipertensi.

6087a4049dd6c

5. Bawang putih

Bawang putih bukan hanya dapat memberi rasa enak pada makanan tetapi ia juga memiliki kemampuan untuk menurunkan tekanan darah dengan membantu meningkatkan zat tubuh dalam badan, iaitu oksida nitrat yang dapat menyebabkan pembuluh darah berada dalam keadaan rileks dan melebar.

Keadaan ini membolehkan aliran darah lebih baik dan mengurangkan tekanan darah tinggi. Jadi, jangan ragu-ragu lagi untuk memasukkan bawang putih dalam pelbagai masakan anda.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain