suria

Semakin susah tidur nyenyak, mudah pula terjaga ketika usia meningkat... apa sebabnya?

Ada pelbagai faktor mengapa golongan berusia sukar tidur dan mudah terjaga.

LEBIH daripada separuh individu berusia 65 tahun dan ke atas mengeluh tentang kesukaran untuk tidur pada waktu malam menurut satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Stanford, Amerika Syarikat.

Sebenarnya seiring dengan pertambahan usia, golongan warga emas lebih sukar mendapatkan tidur lebih berkualiti dan nyenyak. Tapi apakah puncanya?

ARTIKEL BERKAITAN: Tahukah anda... cahaya skrin telefon antara 7 punca rasa letih sebaik bangun tidur

Profesor Dr Luis de Lecea bercakap kepada AFP berkata, penyelidikan menunjukkan bahawa kurang tidur boleh meningkatkan risiko penyakit seperti darah tinggi, serangan jantung, diabetes, kemurungan dan pembentukan plak pada otak yang dikaitkan dengan Alzheimer.

Menerusi kajian yang dilakukan, Dr Luis bersama pasukannya membuat penyelidikan tentang hypocretin iaitu bahan kimia utama yang dihasilkan oleh sekumpulan kecil neuron di hipotalamus iaitu bahagian otak yang terletak di antara telinga dan mata.

insomnia-likely-side-effect-of-stroke-rm-722x406

Kurang tidur boleh meningkatkan risiko penyakit seperti darah tinggi, serangan jantung, diabetes, kemurungan dan pembentukan plak pada otak yang dikaitkan dengan Alzheimer.

Daripada berbilion neuron dalam otak, Dr Luis memberitahu hanya kira-kira 50,000 menghasilkan hypocretin.

Pada tahun 1998, Dr Luis dan saintis lain turut menemui bahawa hypocretin menghantar isyarat yang memainkan peranan penting dalam memastikan seseorang itu tetap terjaga.

Memandangkan banyak spesies mengalami proses tidur yang sama seiring peningkatan usia, dapat dihipotesiskan bahawa mekanisme yang sama berlaku kepada mamalia termasuk manusia.

Kajian terdahulu menunjukkan bahawa paras hypocretin yang rendah menyebabkan keadaan narkolepsi iaitu lebih mudah mengantuk pada waktu siang pada manusia, anjing dan tikus.

Sementara itu, pasukan penyelidik Dr Luis memilih tikus muda (tiga hingga lima bulan) dan 18 hingga 22 bulan dengan menggunakan cahaya gentian untuk merangsang neuron tertentu dan merekodkan hasilnya menggunakan teknik pengimejan.

Pasukan itu mendapati bahawa tikus yang lebih berusia kehilangan kira-kira 38 peratus hypocretin berbanding tikus lebih muda.

Kajian itu juga mendapati bahawa baki hypocretin dalam tikus lebih tua lebih aktif menjadikan haiwan itu lebih mudah terjaga dan sukar tidur nyenyak.

"Apabila neuron lebih cenderung untuk menjadi aktif, maka seseorang lebih kerap terbangun ketika tidur dan seterusnya menganggu kualiti tidur," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain