suria

Tahukah anda... cahaya skrin telefon antara 7 punca rasa letih sebaik bangun tidur

Minum beralkohol antara salah satu sebab seseorang berasa letih ketika bangun tidur.

TIDUR merupakan keperluan harian seseorang untuk menjadikan badan kembali segar. Namun, sesetengah orang mungkin mengalami rasa letih walaupun baru bangun tidur.

Pun begitu, punca bangun tidur sentiasa berasa letih boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti, masalah kesihatan yang atau pengaruh tabiat harian.

ARTIKEL BERKAITAN: Sukar buang air besar? Kopi panas dan kiwi antara 5 cara bantu anda segera ke tandas

Menurut Medical News Today, rasa letih selepas bangun tidur tidak selalu menunjukkan penyakit yang serius.

Namun, jika keletihan itu berlarutan dan menunjukkan tanda-tanda lain, pesakit disarankan berjumpa doktor untuk tindakan selanjutnya.

Dalam pada itu, beberapa punca biasa yang mungkin menjadi faktor utama timbulnya rasa letih selepas bangun tidur ialah tabiat harian seseorang yang disalahgunakan, termasuklah;

1. Gangguan tidur

Gangguan tidur (sleep disorder) seperti insomnia, sleep apnea, sindrom kaki gelisah dan bruxism (gigi mengetap semasa tidur) boleh menyebabkan keletihan selepas bangun.

Pesakit yang mengalami gangguan tidur biasanya akan kerap bangun sehingga kualiti tidurnya menurun dan tidak nyenyak.

Selain daripada keletihan, gangguan tidur boleh menjejaskan perkara lain seperti sistem imuniti badan yang menurun, kesukaran menumpukan perhatian, sakit kepala, dan emosi yang tidak stabil atau sensitif.

2. Kesan alkohol dan kafein

Punca bangun tidur sentiasa berasa letih juga boleh disebabkan oleh pengaruh alkohol dan kafein yang diambil secara berlebihan.

Walaupun alkohol boleh menyebabkan seseorang mabuk dan cepat tertidur, bahan tersebut sebenarnya boleh memberikan tindak balas sebaliknya iaitu memburukkan kualiti tidur.

Begitu juga dengan kafein, selain menyebabkan badan berasa letih, impak lain akan menyebabkan anda cenderung untuk membuang air kecil.

3. Inersia tidur

Dilaporkan oleh Healthline, keletihan yang disertai dengan pening, sakit kepala, boleh disebabkan oleh inersia tidur yang dianggap normal sebagai peringkat peralihan proses bangun tidur.

Inersia tidur iaitu sifat semula jadi suatu keadaan yang cenderung menentang sebarang perubahan yang dilakukan seseorang biasanya beransur-ansur bertambah baik kira-kira 15 hingga 60 minit selepas bangun tidur.

Faktor lain yang menyebabkan inersia tidur termasuklah bangun secara tiba-tiba semasa tidur nyenyak hingga menyebabkan seseorang itu tidak cukup tidur.

4. Tabiat tidur yang buruk

Menurut ahli National Sleep Foundation, untuk mendapatkan corak tidur yang berkualiti, seseorang itu memerlukan rawatan atau rutin khas yang diperlukan untuk membiasakannya.

Contohnya, mengehadkan tidur siang kepada kurang daripada satu jam, mewujudkan keadaan bilik yang selesa dan bersih, mengelakkan daripada terdedah cahaya skrin telefon bimbit kira-kira dua jam sebelum tidur.

Sebaliknya, jika anda melakukan perkara yang tidak baik sebelum tidur, seperti makan berlebihan, tidur siang lebih daripada dua jam, kesannya boleh menyebabkan kualiti tidur anda kurang baik dan badan akan mudah letih.

5. Paparan blue light

Cahaya biru (blue light) atau pencahayaan buatan selalunya datang daripada televisyen, skrin telefon bimbit, komputer riba atau lampu.

Pendedahan kepada cahaya biru mampu menyekat rembesan melatonin, iaitu hormon yang mengawal mood tidur anda. Akibatnya, badan menjadi sukar untuk tidur.

Walaupun anda mungkin boleh tertidur kemudian, namun apabila bangun sahaja badan anda akan merasakan kesan keletihan, menjadikan anda kurang cergas.

6. Kemurungan dan kebimbangan

Kemurungan dan kebimbangan melampau (anxiety disorder) adalah sumber keletihan kronik yang kebiasaannya penghidapnya berumur 15 hingga 30 tahun.

Peningkatan tahap kemurungan dan kebimbangan berkemungkinan besar akan menyukarkan anda untuk tidur.

Manakala, kesan lain menyebabkan keletihan yang berlebihan walaupun selepas tidur, kepada perasaan sedih yang berlarutan.

7. Badan kekurangan cahaya matahari

Pendedahan sinar matahari khususnya di waktu pagi, mempunyai manfaat penting terhadap fungsi otak dan tubuh.

Sekiranya badan anda kekurangan cahaya matahari, keadaan ini boleh menjadi salah satu punca bangun tidur sentiasa berasa letih.

Kerana jumlah hormon melatonin dalam badan secara automatik meningkat, yang diketahui hormon tersebut sepatutnya berfungsi untuk memberikan isyarat kepada badan ketika sudah waktunya untuk tidur.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain