suria

Kajian terbaharu dapati risiko jangkitan berulang Omicron 5 kali ganda, booster tingkat keberkesanan vaksin 55 hingga 80 peratus

Varian baharu Omicron muncul dan menjadi kebimbangan dunia.

VARIAN Omicron Covid-19 tidak boleh dipandang ringan apatah lagi kajian terbaharu menunjukkan ia mempunyai risiko jangkitan berulang lima kali lebih tinggi dan lebih parah berbanding Delta.

Kajian yang dilakukan oleh Imperial College London (ICL) berdasarkan data Agensi Keselamatan Kesihatan UK dan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan terhadap golongan yang disahkan positif Covid-19 di United Kingdom antara 29 November hingga 11 Disember 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: Varian Delta: Fahami tentang penyebarannya dan mengapa ia berbahaya

"Mengawal status vaksin, usia, jantina, status tanpa gejala, wilayah dan etnik, Omicron dikaitkan dengan risiko jangkitan berulang sebanyak lima kali ganda lebih tinggi berbanding Delta," kata salah seorang penyelidik dalam kajian itu menurut Reuters.

Jangkitan tersebut, menurut kajian itu memicu antibodi tubuh namun mereka juga menemukan bahawa perlindungan antibodi hasil jangkitan Omicron hanya sebanyak 19 peratus.

Penyelidik mengkaji vaksin AstraZeneca dan Pfizer di mana mereka mendapati terdapat peningkatan risiko yang signifikan ke arah kes Omicron bergejala berbanding varian Delta pada individu yang dua minggu atau lebih selepas mendapat dos kedua vaksin dan dua minggu atau lebih selepas dos booster.



Omicron boleh melemahkan kekebalan daripada jangkitan sebelum atau selepas vaksin.

Mereka menyimpulkan bahawa keberkesanan vaksin antara 0-20 peratus setelah dua dos, 55-80 peratus selepas mendapatkan suntikan booster.

Bagiamanapun ia bergantung kepada keberkesanan vaksin terhadap jangkitan.

Ketua penyelidikan, Profesor Neil Ferguson berkata, kajian itu memberikan bukti lebih banyak tentang sejauh mana Omicron boleh melemahkan kekebalan daripada jangkitan sebelum atau selepas vaksin.

"Dapat disimpulkan bahawa Omicron menimbulkan ancaman lebih besar kepada kesihatan awam," katanya.

Walau bagaimanapun, menjawab kajian ini, bekas Pengerusi Pasukan Petugas Vaksin UK, Clive Dix memberi amaran agar tidak mentafsir data secara berlebihan.

Ini kerana kesimpulan adalah berdasarkan andaian tentang Omicron di mana data tidak mencukupi.

"Sebagai contoh, kami tidak mempunyai data mengenai tindak balas imun selular yang kini mungkin memacu keberkesanan vaksin. Ini adalah andaian penting dan hilang dalam pemodelan," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain