suria

Hampir setahun berdepan dugaan Covid-19, rakyat Malaysia kini sedia divaksin

Terdapat pelbagai vaksin yang sedang menjalani ujian klinik fasa tiga ketika ini.

EMPAT daripada lima rakyat Malaysia (82 peratus) bersedia untuk divaksin bagi melindungi diri daripada virus SARS-CoV-2 yang menyebabkan Covid-19, menurut tinjauan YouGov.

Kajian itu dilakukan hasil daripada beberapa laporan beberapa vaksin yang sedang dikaji dan berada dalam ujian klinikal fasa 3.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahu pakai tapi tak tahu cara betul buang pelitup muka, ikuti 4 langkah ini elak terdedah virus Covid-19

Di Amerika Syarikat, syarikat bioteknologi Moderna melaporkan hasil peringkat awal menunjukkan vaksin mereka adalah 94.5 peratus berkesan terhadap koronavirus sementara Pfizer dan BioNTech mengumumkan analisa pihaknya setakat ini mendapati keberkesanan vaksin keluaran mereka adalah lebih daripada 90 peratus.

Di Rusia, vaksin yang dikembangkan oleh institut penyelidikan Pusat Epidemiologi dan Mikrobiologi Nasional Gameleya mempunyai 92 peratus keberkesanan, juga daripada analisis awal.

Sementara itu, tiga calon vaksin daripada syarikat biofarmaseutikal China pula melaporkan telah mencetuskan tindak balas antibodi pada manusia tanpa kesan buruk yang serius semasa ujian klinikal fasa 1 dan 2.

Sementara itu, dalam tinjauan itu, Amerika menerima undian tertinggi iaitu 45 peratus berkaitan kepercayaan pembuatan vaksin diikuti Rusia (40 peratus) dan China (32 peratus). Undian itu melibatkan 12,000 responden dari 11 buah negara.



Penemuan vaksin Covid-19 akan memberi manfaat kepada manusia dalam mencegah penularan virus itu.

Dalam kalangan rakyat Malaysia, Rusia tersenarai antara dua teratas dalam kategori ini di mana 44 peratus pernah mendengar vaksin Rusia iaitu Sputnik V, namun 88 peratus pula mahu vaksin berdasarkan vektor adenoviral manusia.

Sembilan daripada 10 rakyat Malaysia pula memilih vaksin tersebut.

Vaksin Sputnik V, serta vaksin dari syarikat China CanSino, menggunakan adenovirus yang lemah untuk menyampaikan protein lonjakan SARS-CoV-2 ke dalam badan.

Kedua-dua vaksin Moderna dan Pfizer/ BioNTech berdasarkan teknologi RNA messenger baru (asid ribonukleik).

Dua vaksin China lain berdasarkan virus SARS-CoV-2 yang tidak aktif.

Tinjauan yang dilakukan pada 9-19 Oktober, merangkumi Brazil, Mesir, India, Indonesia, Malaysia, Mexico, Nigeria, Filipina, Arab Saudi, Uni Emirat Arab dan Vietnam.

Ia ditaja oleh Dana Pelaburan Langsung Rusia, yang melabur dalam pengeluaran vaksin Sputnik V dan menyokong pengembangannya. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain