Diabetes dan Covid-19 ada hubung kait? Ini penjelasan pakar

Penyelidik memberitahu terdapat hubungan dua hala di antara virus Covid-19 dan penyakit diabetes.

HUBUNG kait di antara diabetes dan Covid-19 masih lagi hebat diperdebatkan namun ramai pakar mengatakan pesakit yang terkena virus itu berisiko menghidap penyakit berkenaan.

Sebelum ini telah terbukti bahawa pesakit diabetes akan mengalami komplikasi lebih parah sekiranya dijangkiti Covid-19 sehingga menyebabkan kematian.

Namun selepas hampir setahun dunia dilanda wabak itu, terdapat pelbagai bukti yang mengatakan Covid-19 dan diabetes mempunyai hubungan patalogi secara dua hala.

ARTIKEL BERKAITAN : Bebas Covid-19 tapi masih ramai mengadu... ada kesan sampingan yang tetap dialami

ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa ramai pesakit diabetes meningggal dunia akibat Covid-19? Ini jawapannya

Ini bererti, pesakit positif Covid-19 berisiko menghidap diabetes jenis satu dan dua, meskipun mereka tidak mempunyai tanda-tanda umum seperti lebihan berat badan.

Sehingga kini, doktor dan penyelidik sedang cuba mencari jawapan daripada kemungkinan tersebut.



Umum mengetahui pesakit Covid-19 dengan penyakit diabetes kebiasaannya akan mengalami komplikasi lebih parah.

Diabetes sendiri merupakan gangguan metabolisme yang terjadi ketika kadar gula dalam darah berada lebih tinggi daripada paras normal.

Dalam penyelidikan yang dijalankan, virus SARS-CoV-2 dapat mempengaruhi pankreas yang menghasilkan insulin bagi memastikan kadar gula dalam darah berada pada paras normal.

Sekumpulan doktor yang diketuai oleh Dr. Francesco Rubino daripada King's College London sedang cuba menterjemahkan hubungan di antara diabetes dan virus itu.

Malah kumpulan itu turut bekerjasama dengan banyak doktor perubatan dari seluruh dunia yang diminta untuk berkongsi mengenai pesakit yang mengalami diabetes selepas dijangkiti Covid-19.

Ogos lalu, Francesco bersama pasukannya mengkaji data dalam New England Jurnal of Medicine (NEJM) dan menggambarkan Covid-19 dan diabetes mempunyai hubung kait.



Diabetes sendiri merupakan gangguan metabolisme yang terjadi ketika kadar gula dalam darah berada lebih tinggi daripada paras normal.

Diabetes dapat meningkatkan risiko komplikasi virus itu manakala Covid-19 juga dapat meningkatkan risiko penyakit kronik tersebut.

"Beberapa jenis diabetes atau komplikasi metabolik seperti ketoasidosis dan hiperosmolaritas yang memerlukan dos insulin yang tinggi juga ditemukan pada pesakit Covid-19," katanya.

Ketoasidosis sendiri merupakan salah satu bentuk komplikasi diabetes di mana tubuh menghasilkan kadar asid darah berlebihan yang disebut keton.

Keadaan ini dapat menimbulkan gejala kepenatan, sakit sendi dan rasa haus, sering buang air kecil, kesukaran bernafas, mual dan kebingungan.

Penyelidik menjangkakan, kemampuan virus ini mengikat enzim menjadi penyebabnya iaitu angiotensin converting enzyme 2 (ACE2).

Ia ditemui dalam organ manusia terutamanya paru-paru namun enzim ini juga turut ditemui dalam organ lain seperti pankreas yang berperanan penting dalam penyebab diabetes. - CNN INDONESIA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain