Cuba minum 4 gelas air putih sebaik bangun tidur, rasai 5 manfaat pada tubuh anda

Minum empat gelas air putih pada waktu pagi memberi banyak manfaat kepada kesihatan anda.

KETIKA tidur, tubuh boleh mengalami dehidrasi dan sebab itu, penting untuk kita minum air putih selepas bangun tidur.

Sebaik-baiknya, minum empat gelas air putih selepas bangun dalam keadaan perut kosong dan tunggu selama 45 minit sebelum bersarapan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan makan telur tiap hari boleh kurus tapi cara ia dimasak yang utama... ini 5 kesannya pada kesihatan anda

Bagi yang tidak biasa minum air putih empat gelas sekaligus, boleh memulakan amalan itu dengan segelas atau mengikut kemampuan.

Selain membuatkan tubuh terhidrasi, air putih juga memberikan banyak manfaat termasuklah;



Minum air putih pada waktu pagi dapat membantu menurunkan berat badan.

1. Membantu detoksifikasi

Pada waktu malam sewaktu kita tidur, tubuh akan 'memperbaiki' dirinya sendiri dan membuang semua racun yang terdapat di dalam tubuh.

Minum air putih dalam keadaan perut kosong pada waktu pagi dapat membantu mengeluarkan semua racun secara semula jadi. Selain itu, air putih juga membuatkan tubuh rasa lebih segar dan sihat kerana ia meningkatkan produksi sel otot dan sel darah baharu.

2. Meningkatkan metabolisme

Minum air ketika perut kosong juga dapat meningkatkan metabolisme sehingga 24 peratus dan membuatkan sistem penghadaman lebih baik.

Selain itu, ia akan membersihkan usus besar dan membolehkan ia menyerap nutrisi dengan lebih baik.

3. Membantu menurunkan berat badan

Racun yang dibuang selepas minum air pada waktu pagi akan membuatkan sistem penghadaman kembali segar. Perut kita juga akan berasa kenyang dan mencegah pengambilan makanan berlebihan. Cara ini dapat membantu menurunkan berat badan.



Air putih dapat membantu meningkatkan metabolisme badan.

4. Melegakan 'heartburn' dan gangguan penghadaman

Masalah pencernaan disebabkan oleh peningkatan asid dalam perut. Semasa tidur, refluks asid perut boleh berlaku. Minum air ketika perut kosong dapat mendorong asid perut ke bahagian bawah, sekaligus mengatasi masalah pencernaan.

Perut juga akan menjadi lebih baik untuk bersarapan sehingga proses pencernaan dapat berjalan dengan baik.

5. Mencegah batu karang dan jangkitan pundi kencing

Minum air putih selepas bangun tidur juga dapat mencegah masalah batu karang dan jangkitan pada pundi kencing.

Air putih dapat mencairkan asid yang menyebabkan pembentukan batu pada buah pinggang. Semakin banyak air yang kita minum, semakin banyak badan terlindung daripada pelbagai jenis penyakit termasuk jangkitan pundi kencing yang disebabkan oleh toksin.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain