suria

Ramai takut buat mamogram, Pusat Perubatan Sunway perkenal 'C.H.A.T' bantu wanita kesan risiko kanser payudara

Pusat Perubatan Sunway meraikan Pink October dengan mengagihkan pelitup muka kepada pelawat serta kaki tangan.

KIRA-KIRA satu dalam 19 wanita di Malaysia berisiko menghidap kanser payudara berbanding satu dalam lapan wanita di Eropah dan Amerika Syarikat.

Risiko kanser payudara akan meningkat setelah berusia 25 tahun manakala ia akan memuncak di antara umur 60 hingga 64 tahun dan akan berkurangan selepas mencapai 65 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Begitu kuat pengaruh rawatan alternatif, ramai enggan ke hospital... realitinya kes kanser libatkan anak muda makin meningkat!

Namun malangnya di Malaysia, 47.9 peratus kes baharu yang dikenal pasti setiap tahun sudah berada di tahap akhir kanser.

Menurut Pengarah Pembangunan Perniagaan, Penjenamaan & Komunikasi, Pusat Perubatan Sunway, Dr Michelle Mah, meskipun ujian mamogram merupakan piawaian untuk pemeriksaan kanser itu, namun masih ramai yang enggan menjalani prosedur ini dan ada dalam kalangan mereka yang tidak sedar kanser telah merebak.



Satu daripada sembilan wanita di Malaysia berisiko menghidap kanser payudara dan atas sebab itu Pusat Perubatan Sunway mengadakan kempen kesedaran tersebut.

"Atas sebab itu, sangat penting bagi wanita untuk mengetahui risiko dan menjaga kesihatan mereka dengan menjalani pemeriksaan lebih awal dan mendapatkan bantuan jika perlu," ujarnya.

Menyedari kepentingan itu, Pusat Perubatan Sunway turut melancarkan kaedah unik bagi membantu mereka yang ingin mengetahui sama ada mereka berisiko menghidap kanser payudara sebelum menjalani ujian lain seperti mamogram, ultra bunyi payudara atau berjumpa dengan pakar.

SunMed Comprehensive Health Assessment Tool (C.H.A.T.) katanya direka dengan mempertimbangkan keperluan orang ramai, yang mana platform ini dapat menentukan risiko kesihatan menggunakan penilaian mudah dan membantu orang memahami lebih lanjut mengenai kanser payudara.

Dibentuk berdasarkan garis panduan rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, SunMed C.H.A.T. adalah mekanisme dalam talian yang mudah tetapi pintar yang membantu anda menilai risiko menghidap barah payudara.

Dengan menjawab soalan-soalan berkaitan kesihatan, anda dapat menilai sendiri dan menilai risiko kanser payudara sebelum berjumpa dengan perunding untuk pemeriksaan lebih lanjut.



Pesakit dan kaki tangan menggayakan pelitup muka merah jambu.

Platform ini juga memberikan cadangan dan nasihat perubahan gaya hidup tertentu untuk mengurangkan risiko kanser, memberi anda kuasa untuk mula mengurus kesihatan diri sendiri.

Sementara itu, sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara yang disambut pada Oktober, Pusat Perubatan Sunway meraikan Pink October dengan mengagihkan pelitup muka kepada pelawat serta kaki tangan.

Menariknya, pelitup muka itu direka dengan kemasan warna dan riben merah jambu.

"Kemeriahan merah jambu di seluruh hospital adalah sebahagian daripada inisiatif kami untuk meningkatkan kesedaran mengenai risiko kanser payudara.

"Melihat pekerja kesihatan kami memakai pelitup muka merah jambu mendorong orang ramai untuk tidak mengabaikan fakta bahawa kanser payudara adalah nombor satu dalam kalangan wanita di Malaysia, menyumbang 34.1 peratus daripada semua kanser melibatkan wanita," kata Dr Michelle.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain