Betul ke kumur air garam boleh sembuhkan ulser? Ini apa yang anda perlu tahu

Ulser memang menyakitkan sehingga menyukarkan untuk makan atau minum.

MASALAH ulser dalam mulut memang cukup mengganggu dan rata-rata daripada kita sekurang-kurangnya akan mengalami masalah itu sekali dalam setahun.

Lebih menyakitkan jika ulser tersebut ukurannya melebihi satu sentimeter (sm) dan akan terasa pedih jika makan atau minum. Memang tak selesa!

ARTIKEL BERKAITAN: Rendah kalori, tinggi kalsium... inilah antara 5 sebab susu badam baik untuk tubuh

Petua orang lama ada menyebut, hendak menghilangkan ulser dengan cepat, kumur dengan air garam atau mencalit garam pada ulser.

Walaupun ia menyakitkan tetapi ulser akan cepat sembuh. Betul ke petua itu?

Anggapan tersebut sebenarnya tidak sepenuhnya salah ini kerana air garam bersifat antiseptik dan ia boleh digunakan sebagai alternatif sekiranya di rumah tiada ubat-ubatan lain.



Ulser boleh berukuran lebih daripada satu sm.

Bagaimanapun, kita tidak disaran menjadikan perkara itu sebagai amalan meskipun ia dapat membunuh pertumbuhan mikroorganisme di dalam rongga mulut.

Ini kerana, sifat antiseptik garam juga mampu membuatkan rongga mulut menjadi kering selain rasa pedih melampau ketika berkumur.

Selain air garam, terdapat beberapa cara untuk 'menghapuskan' ulser dengan lebih cepat;

1. Jika ulser berukuran lebih satu sm dan terasa pedih, gunakan krim sapu khusus untuk ulser. Ia juga tidak memberikan sensasi pedih ketika ia disapu terus kepada ulser.

2. Jika ulser bersaiz kecil, kebiasaannya ia akan sembuh dengan sendiri dalam beberapa hari namun menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan mulut sentiasa bersih.

3. Penggunaan cecair pencuci mulut sangat membantu bagi memastikan mulut sentiasa bersih selain ulser tidak merebak atau berlaku jangkitan pada ulser.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain