Rendah kalori, tinggi kalsium... inilah antara 5 sebab susu badam baik untuk tubuh

Susu kacang badam mempunyai pelbagai khasiat.

RAMAI tidak mengetahui susu kacang badam sangat bermanfaat kepada kesihatan manusia kerana ia minuman bergizi tinggi tetapi rendah kalori.

Susu ini terhasil daripda proses menggiling kacang badam yang dicampur dengan air dan menghasilkan cecair putih dengan rasa kacang.

ARTIKEL BERKAITAN:

Susu kacang badam dapat menjadi pengganti kepada susu biasa dan mempunyai protein yang tinggi.

Berikut adalah lima kandungan dalam susu kacang badam yang menjadikannya ia berkhasiat buat tubuh manusia.



Susu kacang badam bukan sahaja rendah kalori tetapi juga bebas laktosa.

1. Rendah kalori

Susu kacang badam mempunyai kadar kalori rendah berbanding susu lembu maka ia cukup sesuai diminum oleh mereka yang sedang berdiet dan ingin menurunkan berat badan.

Sebagai perbandingan, susu kacang badam tanpa pemanis mengandungi 30-50 kalori, manakala susu lembu sekitar 140 kalori.

2. Rendah gula

Satu cawan susu kacang badam atau 240ml mengandungi satu hingga dua gram karbohidrat yang sebahagian besarnya adalah serat. Sementara susu lembu dengan ukuran sama mengandungi 13 gram karbohidrat yang mengandungi gula.

Sebelum membuat pembelian sebaik-baiknya periksa label susu kacang badam yang telah diproses untuk mengetahui kandungan gula tambahan di dalamnya.

3. Vitamin E

Kacang badam memang kaya dengan vitamin E. Ini menjadikan ia istimewa kerana susu lain pada umumnya tidak mengandungi vitamin E.

Vitamin E merupakan antioksidan yang kuat untuk memerangi peradangan dan tekanan dalam tubuh. Vitamin E juga dapat membantu mencegah penyakit jantung, kanser serta kesihatan otak.



Satu cawan susu kacang badam atau 240ml mengandungi 1-2 gram karbohidrat yang sebahagian besarnya adalah serat.

4. Kalsium

Susu kacang badam juga kaya dengan kalsium meskipun jumlahnya lebih rendah berbanding susu lembu. Kalsium adalah mineral penting untuk perkembangan dan kesihatan jantung.

Kalsium yang cukup dapat mencegah osteoporosisi dan memastikan organ dalam badan berfungsi dengan baik.

5. Bebas laktosa

Memandangkan ia tidak mempunyai laktosa jadi susu kacang badam sangat sesuai buat mereka yang memiliki masalah intoleransi laktosa.

Intoleransi laktosa adalah situasi di mana seseorang tidak dapat mencerna laktosa sehingga menyebabkan mengalami masalah sakit perut atau perut kembung.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain