suria

Bebas Covid-19 tapi masih ramai mengadu... ada kesan sampingan yang tetap dialami

Pesakit akan tetap mengalami beberapa gejala meskipun sudah pulih daripada Covid-19.

TEMPOH pemulihan pesakit yang dijangkiti virus Covid-19 kebiasaannya berbeza-beza bergantung kepada sistem imunisasi dan penyakit komorbid sedia ada.

Ketika pesakit disahkan sembuh dan bebas Covid-19, ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian. Ini kerana menurut kajian, 75 peratus bekas pesakit mengadu masih mengalami tanda dan gejala.

ARTIKEL BERKAITAN: Anda kontak rapat kes Covid-19? 5 perkara ini perlu diberi perhatian

Gejala yang paling biasa adalah sesak nafas dan cepat penat selama berminggu-minggu atau mengambil masa berbulan meskipun hasil ujian didapati negatif dan bebas wabak itu.

Ia bukan sahaja dialami oleh orang yang lebih tua namun mereka yang masih muda.

Situasi itu terjadi disebabkan tahap ketepuan oksigen mengalami penurunan sehingga mengganggu sistem pernafasan.



Kesukaran bernafas adalah gejala biasa meskipun sudah pulih Covid-19.

Dalam kajian yang dilakukan Journal of American Medical Association (JAMA), pesakit yang sudah sembuh ada di antara mereka kembali ke hospital kerana mengalami masalah pernafasan selain berasa letih, sakit sendi dan dalam keadaan lemah.

Bagaimanapun saintis masih mengkaji penyebab kepada keadaan itu meskipun ada pendapat mengatakan penyebaran Covid-19 dalam tubuh memberi kesan memperlambatkan fungsi sistem pernafasan dan menurunkan sistem kekebalan badan.

Virus juga berkemungkinan sudah merebak ke sel-sel sihat dan lapisan paru-paru sehingga membuatkan pesakit lebih mudah terkena jangkitan, sesak nafas dan sebagainya.

Atas sebab itu, penting bagi bekas pesakit untuk terus memantau keadaan kesihatan mereka selain digalakkan melakukan latihan pernafasan melalui aktiviti seperti yoga atau meditasi.

Mengubah tabiat pemakanan juga boleh membantu selain membataskan pergerakan terutamanya pada bulan pertama selepas disahkan bebas Covid-19.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain