suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tempoh lockdown panjang dijangka sebabkan 7 juta kehamilan secara 'tak sengaja'

Menurut kajian yang dilakukan, dijangka 7 juta wanita mengalami kehamilan selepas lockdown berakhir.

TEMPOH berkurung yang panjang di seluruh dunia berikutan penularan pandemik Covid-19 bakal megakibatkan tujuh juta kehamilan berlaku.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Dana Populasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA), pelbagai faktor sampingan yang menyebabkan berlakunya peningkatan jumlah ini.

Kajian yang dilakukan mendapati akses perancangan keluarga atau menghadapi kehamilan yang tidak diduga disebabkan keganasan terhadap wanita dan amalan lain menyebabkan jumlah naik mendadak.

ARTIKEL BERKAITAN: Trauma, nak lari dari wad dan gangguan tidur antara dialami bekas pesakit Covid-19... siapa tahan jika dilabel penyebar virus!

"Data ini menunjukkan kesan yang berlaku ketika tempoh Covid-19 ke atas wanita dan gadis di peringkat global," jelas Pengarah Kanan UNFPA Dr Natalia Kanem.



Jumlah kehamilan yang tidak dirancang dijangka akan meningkat.

"Pandemik ini semakin berpanjangan, dan berjuta-juta wanita dan gadis kini berisiko kehilangan kemampuan untuk merancang keluarga dan melindungi tubuh dan kesihatan sendiri."

Terdapat juga 31 juta kes tambahan keganasan berdasarkan gender dalam tempoh yang sama, dengan 15 juta lagi kes dijangka setiap tiga bulan sejak lockdown.

Pandemik ini juga telah mempengaruhi program Female Genital Muttilation (FGM) dan perkahwinan kanak-kanak.

Kajian ini dilakukan dengan kerjasama Avenir Health, Universiiti Johns Hopkins di Amerika Syarikat dan Universiti Victoria, Australia.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Hamil, Covid-19, Meningkat

Artikel Lain