suria

Berbuka dengan teh ais, teh tarik... Menyegarkan atau bahaya?

Teh tarik, teh o antara minuman kegemaran ramai ketika berbuka puasa.

ANTARA minuman yang sering menjadi pilihan ramai daripada kita saat berbuka puasa adalah teh ais. Rasanya yang segar dan manis membuatkan dahaga sepanjang berpuasa hilang begitu sahaja.

Tapi tahukah anda bahawa teh o ais atau teh ais adalah minuman yang tidak baik untuk kesihatan terutamanya ketika berbuka puasa?

ARTIKEL BERKAITAN: Sebiji kurma banyak manfaatnya... Ini antara 6 kebaikan amalan memakan tamar

Ini kerana, saat berbuka, kita disarankan untuk mengambil minuman dan makanan lebih sihat seperti buah-buahan termasuk kurma serta sayuran.

Bagi menghilangkan dahaga, air putih adalah paling terbaik selepas seharian berpuasa meskipun ramai lebih suka mengambil minuman manis atas alasan untuk memberi tenaga.



Bukan tak boleh minum tapi biarlah berpada-pada.

Benar tapi rasa manis itu biarlah daripada makanan semula jadi seperti buah-buahan termasuk kurma yang kaya dengan pelbagai zat dan vitamin.

Manakala rasa manis pada teh ais adalah semata-mata daripada susu dan gula. Rasa manis yang ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan ketika berpuasa.

Ini termasuklah peningkatan berat badan ketara meskipun berpuasa, badan jadi lebih berat selain perut rasa kembung dan tak selesa akibat gula lebih sukar dicerna daripada tubuh kita.

Bukan tak boleh minum, tapi biarlah berpada-pada dan bukannya setiap hari! Apa kata sebagai ganti, nikmati segelas kecil teh tarik selepas selesai solat Tarawih.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mstar!

Artikel Lain