suria

Tak perlu pening fikir menu bersahur, 5 jenis buah ini boleh buat anda kenyang sepanjang hari

Buah-buahan menu paling sesuai diambil ketika bersahur.

MENGAMBIL makanan seimbang pada waktu sahur amat penting bagi memastikan sumber tenaga yang cukup sepanjang hari.

Namun pasti ada segelintir yang sudah tidak tahu menu apa lagi yang hendak dimakan selepas dua minggu menjalani ibadah puasa.

Ada juga yang hanya bangun minum air sahaja, sebaliknya ada yang perlu mengambil makanan ruji seperti nasi. Paling penting anda perlu kurangkan mengambil minuman manis, sebaliknya banyakkan minum air kosong.

ARTIKEL BERKAITAN: Berbuka dengan teh ais, teh tarik... Menyegarkan atau bahaya?

Penting juga untuk anda tahu jenis makanan yang diambil supaya badan mampu bertahan sepanjang hari untuk melakukan kerja-kerja harian. Elakkan juga mengambil makanan yang mempunyai garam tinggi kerana ia boleh menjadikan anda cepat dahaga.

Pilihan terbaik adalah menukar menu hidangan bersahur dengan lebih baik dan sihat dengan mengambil karbohidtrat kompleks kerana ia lambat dihadam.



Kurma mempunyai serat yang baik untuk tubuh badan.

Apa kata anda tukar hidangan bersahur itu dengan makanan yang lebih menyihatkan. Mengambil beberapa jenis buah juga baik kerana ia dapat membantu kita kenyang lebih lama dan membantu dari segi kesihatan sistem pencernaan.

Pisang

Pisang merupakan sumber kalium yang sangat penting untuk fungsi sel dalam badan. Nutrisi yang terkandung dalam pisang ini bersama mineral paling penting untuk otot dan saraf. Malah ia mempunyai sumber vitamin B6, kalsium, zat besi serta serat pectin yang dapat membantu mengeluarkan sisa toksik dari tubuh. Sebiji pisang saiz sederhana mengandungi 1.9 gram serat.



Betik boleh membantu pelancaran masalah sembelit sepanjang berpuasa.

Betik

Betik mengandungi antioksida yang membentuk kekebalan dari vitamin dan phytonutrient yang berpotensi membantu mengurangkan penyakit kronik. Antara yang terkandung dalam betik adalah Vitamin C, E, Cryptozanthin, antidioksidan dan sebagainya. Malah lebih penting ia juga boleh menghindari anda daripada masalah sembelit sepanjang berpuasa.

Epal

Buah epal antara yang mengandungi serat tinggi menjadikan anda berasa kenyang dengan lebih lama. Kandung pectin boleh membantu mengawal kadar kolestrol dan gula darah dalam badan.



Buah mangga mempunyai pelbagai khasiat dan mampu memberi tenaga.

Mangga

Mangga mempunyai Vitamin A dan C serta serat yang baik untu kesihatan termasuk boleh memberi tenaga. Ia juga kaya dengan antioksidan serta vitamin C yang boleh menjadi benteng untuk serangan penyakit serta kerosakan sel.

Kurma

Kurma antara buah yang sentiasa ada sepanjang bulan Ramadan. Serat yang terdapat dalam kurma juga berpotensi untuk mengawal gula dalam darah.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain