suria

Jangan lebih 50 gram! Ini sebabnya anda perlu kurangkan gula dalam minuman, tambah manis dalam senyuman!

Elakkan mengambil minuman bergula yang dicampur dengan susu.

GULA adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh.

Secara semulajadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi. Gula juga terdapat dalam buah-buahan dalam bentuk fruktosa, dan susu dalam bentuk laktosa.

Berdasarkan Kajian Pengambilan Makanan di Kalangan Orang Dewasa Malaysia, pengguna menambah tujuh sudu teh sehari iaitu empat sudu teh gula pasir dan 3 sudu teh susu pekat manis ke dalam minuman mereka.

ARTIKEL BERKAITANJangan terkejut, gula boleh sebabkan mulut berbau busuk!

Jumlah gula yang ditambah ke dalam minuman ini sahaja telah melebihi saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Panduan Diet Malaysia yang mencadangkan pengambilan jumlah gula sehari tidak melebihi 50 gram.

Pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan pelbagai penyakit.

Kesan pengambilan gula pada kesihatan:

Tahukah anda satu sudu teh gula membekalkan 20 kilokalori. Sekiranya seseorang itu mengambil makanan dan minuman yang ditambah dengan tujuh sudu teh gula sehari, jumlah pengambilan tenaga tambahan daripada gula adalah 140 kilokalori.

Menurut myHealth, jika tidak digunakan, 140 kilokalori tenaga ini akan ditukarkan kepada 20 gram lemak. Sekiranya berterusan setiap hari dan tenaga yang dihasil tidak digunakan untuk tempoh sebulan, akan terkumpul 600 gram lemak. Dan ianya akan terkumpul 7.2 kilogram lemak berlebihan dalam badan untuk tempoh setahun.

Jumlah tersebut belum ditambah dengan pengumpulan lemak daripada makanan yang berminyak, bersantan dan berlemak yang diambil setiap hari.

Kurangkan kekerapan mengambil minuman yang bergula seperti air berkarbonat, kordial, cendol atau ABC.

Untuk membakar 140 kilokalori yang diperolehi daripada tujuh sudu teh gula tambahan, seseorang itu perlu berjoging atau berjalan menaiki bukit selama 20 minit, senamrobik selama 30 minit, berbasikal selama 40 minit atau melakukan kerja-kerja rumah yang biasa seperti menyapu sampah, membasuh, memasak dan mengemas selama satu jam.

Sekiranya seseorang itu mengurangkan pengambilan gula tambahan kepada tiga sudu teh gula sehari (iaitu 1 sudu teh gula bagi setiap cawan minuman dan diambil 3 kali sehari),  seseorang itu dapat mengelakkan penambahan tenaga sebanyak 80 kilokalori sehari, 560 kilokalori seminggu atau 2,240 kilokalori sebulan.

Oleh itu, kita dapat mengelakkan penambahan lemak sebanyak 300 gram sebulan, atau 600 gram dalam tempoh dua bulan atau 3.6 kilogram dalam tempoh setahun.

Jadi seeloknya... kurangkan gula dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman!


Gula, Kurangkan, Kesan, Kesihatan

Artikel Lain