Jangan terkejut, gula boleh sebabkan mulut berbau busuk!

Memotong pengambilan gula dalam menu sangat membantu bagi yang sedang berdiet.

MENGURANGKAN pengambilan gula adalah antara perkara pertama yang akan dinasihatkan kebanyakan pakar pemakanan kepada pesakitnya yang ingin berdiet.

Mana tidaknya, gula mempunyai reputasi dan kesan buruk kepada badan manusia, namun sesuatu yang sedap itu memang sukar untuk ditinggalkan!

Tapi apa kata kita cuba juga untuk mengelak mengambil gula dalam pemakanan dan minuman seharian kerana ia mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Suka minum teh lepas makan? Awas kesan buruknya pada kesihatan anda

Selain itu, banyak altenatif bagi makanan dan minuman manis ini. Ketahui kesan-kesannya sekiranya anda tidak mengambil gula dalam menu harian.

Molekul gula akan mengikat serta mengubah bentuk kolagen protein dalam badan dan seterusnya membuat kulit menjadi lebih muda.

1. Kulit muda

Tiada siapa yang ingin kelihatan tua. Kesan pengambilan gula yang kerap mampu membuatkan anda kelihatan berusia berbanding umur sebenar. Namun, anda boleh mengelak daripada berlaku dengan tidak mengambil gula dalam diet harian anda.

Pakar mendedahkan bahawa molekul gula akan mengikat serta mengubah bentuk kolagen protein dalam badan dan seterusnya membuat kulit menjadi lebih muda.

Lebih menarik ia dapat mengurangkan keradangan pada kulit dengan menurunkan insulin pada darah.

Tidak mengambil gula boleh membantu membuatkan nafas lebih segar. - Gambar Sekadar Hiasan

2. Pernafasan yang segar

Terlalu banyak mengambil makanan yang manis boleh menyebabkan gigi anda rosak. Malah gula juga boleh berhubung dengan bakteria yang ada dalam mulut menyebabkan kerosakan pada gigi dan mulut berbau busuk.

3. Berat badan

Anda telah berusaha kuat untuk cuba menurunkan berat badan anda. Apa kata anda terus 'membuang' makanan yang mempunyai bergula atau minuman manis dalam menu harian anda.  Ini kerana gula boleh menyebabkan anda sentiasa lapar.

4. Imunisasi

Pakar-pakar juga mendedahkan gula juga boleh melemahkan imunisasi yang boleh menyebabkan berdepan dengan risiki batuk dan selsema.

Menurut American Journal of Clinical Nutrition, mengambil gula 100 gram gula boleh menyebabkan sel darah putih menurun dan 50 peratus boleh menghalang melawan bakteria.

Gula, Kesihatan, Diet, Pemakanan, Manis

Artikel Berkaitan

Artikel Lain