Jangan malas! Naik tangga... bukan sahaja senaman bakar kalori, juga mampu jaga kesihatan mental anda - Famili | mStar

Jangan malas! Naik tangga... bukan sahaja senaman bakar kalori, juga mampu jaga kesihatan mental anda

Menaiki tangga mempunyai pelbagai kelebihan pada kesihatan pada yang tidak mempunyai masa untuk bersenam.

RAMAI di antara kita jarang melakukan senaman secara konsisten akibat kesibukan urusan harian sehingga kesihatan diri terabai.

Tetapi itu bukan lagi alasan kerana terdapat banyak cara untuk membakar kalori dan salah satu caranya adalah dengan menaiki tangga.

Apa kata mulai hari ini cuba elak menggunakan lif dan menaiki tangga ketika bekerja kerana ia mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan termasuk lapan perkara ini;

ARTIKEL BERKAITAN: Perhatian! Golongan milenial... anda terdedah kepada penyakit ini

1. Mengurangkan risiko angin ahmar

Menerusi kajian bertajuk Promoting Stair Climbing as an Exercise Routine among Healthy Older Adults yang diterbitkan MDPI 2019 menyebut, rutin menaiki tangga secara konsisten (sekitar 20 hingga 34 anak tangga seminggu) dapat menurunkan risiko serangan angin ahmar, selain meningkatkan denyutan jantung dan menurunkan kesan fisiologi kepada warga emas.

2. Membakar lebih banyak kalori

Menurut jurnal diterbitkan BMC Public Health pada 2012, menaiki tangga dapat membantu membakar lebih banyak kalori dalam kiraan seminit daripada berjoging atau melakukan aktiviti mendayung.

3. Menguatkan otot

Jurnal bertajuk The effect of step climbing exercise on balance and step length in chronic stroke patients (2015) pula menyatakan, menaiki tangga dapat menguatkan otot kaki kerana ia melibatkan gerakan secara vertikal dan horizontal selain menjaga keseimbangan badan.

4. Meningkatkan fungsi paru-paru

Aktiviti naik tangga juga dapat membantu meningkatkan fungsi paru-paru seseorang, malah ia juga baik buat mereka yang menghidap masalah paru-paru.

5. Menurunkan kadar kematian

Kajian berjudul Stair-Climbing Capacity as a Marker of Improvement Following Pulmonary Rehabilitation yang diterbitkan oleh Preventive Medicine Reports (2019) menyatakan memanjat tangga secara konsisten berpotensi membantu mengurangkan risiko pelbagai penyakit yang boleh mendatangkan maut seperti diabetes, jantung dan kanser.

6. Meningkatkan kesihatan mental

Tidak hanya bermanfaat untuk kesihatan fizikal, menaiki tangga juga membantu meningkatkan kerja kognitif berbanding sesi senaman berat.

Ia sekaligus dapat menjaga fungsi mental agar sentiasa lebih fokus dan terhindar daripada sebarang penyakit berkaitan mental seperti kemurungan dan kebimbangan melampau.

7. Mencegah risiko osteoporosis

Osteoporosis adalah masalah kesihatan global berkaitan dengan tulang. Amalan menaiki tangga dan berjalan kaki mampu membantu mencegah tulang mereput.

8. Meningkatkan sensitiviti insulin

Bagi penderita penyakit diabetes, amalan menaiki tangga dalam tempoh pendek dapat menurunkan kadar gula dalam darah sekaligus meningkatkan sensitiviti insulin dalam badan.

Tangga , Mental , Jantung , Senaman , Kalori

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain