suria

Jangan malas! Berlari sekurang-kurangnya sekali seminggu mampu bantu kurangkan risiko mati awal

Kajian mendapati melakukan aktiviti larian mampu mengurangkan risiko untuk mati lebih awal.

BERLARI atau joging merupakan aktiviti riadah yang umum sedia maklum mempunyai banyak faedahnya.

Terbaharu, satu kajian yang dilaporkan di The Guardian menyatakan bahawa aktiviti berlari boleh mengurangkan risiko kematian awal.

Malah laporan berkaitan oleh World Health Organization mendedahkan  bahawa setiap tahun 3.2 juta orang mati kerana kurang melakukan aktiviti fizikal.

ARTIKEL BERKAITAN: Minum air panas suam boleh awet muda, cegah kanser? Anda silap! Ketahui 9 info berkaitan minuman untuk kekal sihat

Penemuan terbaharu mencadangkan bahawa melakukan larian secara kerap amat baik untuk kesihatan.

"Berapa sahaja kekerapan berlari, walaupun sekali seminggu lebih baik daripada langsung tidak berlari," tulis satu kajian.

Kajian yang diterbitkan oleh British Journal of Sports Medicine itu turut mengambil kira 14 kajian sebelum ini.

Kajian ini melibatkan 230,000 orang di antara tempoh lima tahun setengah sehingga 35 tahun ia dilakukan.

Ia melibatkan pelbagai cabang kajian termasuk objektif yang berbeza-beza.

Sekurang-kurangnya aktiviti larian boleh dilakukan sekali seminggu.

Manakala perbandingan dibuat dengan sekumpulan individu yang langsung tidak berlari serta hanya melakukan aktiviti itu sebulan sekali.

Keputusan kajian mendapati seramai 25,951 orang mati daripada jumlah keseluruhan itu.

Selepas keputusan diperolehi, ia dapat disimpulkan bahawa 27 peratus risiko kematian awal lebih rendah berbanding tanpa melakukan sebarang aktiviti larian dan ia melibatkan pelbagai punca.

Manakala 30 peratus punca kematian melibatkan masalah kardiovaskular dan 23 peratus disebabkan kaitannya dengan kanser.

"Apa sahaja larian yang dilakukan adalah sangat baik untuk kesihatan anda walaupun hanya berlari sekali atau 50 minit seminggu.

"Tetapi ia terpulang kerana ada sesetengah individu suka menikmati larian mereka dengan berlari tiga atau enam kali seminggu," ujar Dr Zeljko Pedisic yang pertama kali melakukan kajian ini dari Universiti Victoria, Australia.

Dia menekan 27 peratus itu melibatkan pelbagai faktor kematian keseluruhannya.

Antaranya status kesihatan, gaya hidup dan hubungan seks.

"Cari aktiviti yang anda suka dan kekalkannya. Tetapi jika tidak boleh berlari, anda boleh juga berjalan dengan kerap," jelas ketua Pegawai Pakar Perubatan untuk aktiviti fizikal, Dr Charlie Foster dari Universiti Bristol. - Indianexpress.

Berlari, risiko, mati, awal

Artikel Lain