suria

Minum air panas suam boleh awet muda, cegah kanser? Anda silap! Ketahui 9 info berkaitan minuman untuk kekal sihat

Tabiat meminum air suam atau air panas sering dijadikan amalan oleh sesetengah orang yang beranggapan ia adalah air yang bagus untuk kesihatan.

“MAMAK, air suam satu!”.

Biasa kita dengar orang memesan minuman panas atau suam di gerai-gerai atau restoran.

Bukan hanya di restoran, malah tabiat meminum air suam juga dijadikan amalan oleh sesetengah orang yang beranggapan air suam adalah air yang bagus untuk kesihatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sahaja minum, sembur air limau nipis dalam rumah antara 9 tip hadapi jerebu 

ARTIKEL BERKAITAN: Sesak nafas 3 hari hingga terfikir mati, disangka gastrik tapi wanita ini hidap penyakit akibat gaya hidup dan pemakanan tak sihat 

Bagaimanapun, ternyata anggapan itu silap!

Menurut Pengasas Color Vibration Theraphy, Prof Dr Norhisham Wahab, air yang dalam keadaan panas suam akan mengubah struktur kimia air tersebut.

“Minum air panas suam adalah satu lagi agenda untuk menambah pesakit kanser. Muslihat yang licik dan halus untuk memperdaya lebih ramai orang, malah penuh  provokasi yang mampu mempengaruhi tanpa fakta.

“Ada dakwaan minum air panas suam akan menjadikan awet muda, kulit tegang, rambut lebat, meningkatkan metabolisma dan mencegah penyakit kanser.

“Sebaiknya, kita terbalikkan apa sahaja dakwaan itu dan itulah jawapannya yang sebenar. 

"Air apabila di panaskan akan mengubah kimia di dalamnya. Air yang di panaskan akan kembali stabil kimianya apabila ia kembali sejuk. Oleh itu minumlah air itu ketika dalam keadaan sejuk,” katanya.

Air yang berada di dalam keadaan panas suam akan mengubah struktur kimia air tersebut.

Berikut adalah info mengenai air yang dikongsi Dr Norhisham yang boleh dijadikan panduan kita bersama.

1) Adalah sangat bahaya apabila memanaskan air yang berbaki di dalam cerek. Air yang ‘berat’ ini sukar menembusi sel, malah zat yang baik juga tidak mampu menembusi sel.

2) Ramai terpengaruh kononnya air panas suam mempunyai pelbagai kebaikan, jadi lebih baik minum air yang sudah sejuk. 

3) Air mineral dan semulajadi adalah minuman terbaik, namun jika meminum air yang paling tinggi kualitinya kita tetap akan sakit jika ia di minum dalam keadaan panas suam.

4) Air kelapa adalah pilihan terbaik kerana ia paling bersih dan satu-satunya air yang ada kandungan oksigen terlarut.

Air kelapa paling bersih dan satu-satunya air yang ada kandungan oksigen terlarut.

5)  Meminum air suam yang dihembus atau tiup bagi tujuan nak menyejukkan air juga menimbulkan satu masalah baru yang lebih besar. Air bertukar menjadi asid dengan karbon dioksida berlebihan yang ditiup dan terperangkap di dalam air panas suam itu. 

Secara tidak langsung suhu darah akan menjadi tidak stabil akibat terlebih karbon dioksida, sekaligus sistem pernafasan dan kardiovaskular iaitu jantung dan paru-paru akan terganggu.

6) Air yang dimasak dan menggunakan ketuhar gelombang mikro (microwave) mengandung radiasi yang akan membunuh sel-sel dalam badan dan menjadi punca pelbagai jenis kanser. Elakkan meminum air panas suam yang dipanaskan menggunakan microwave.

7) Elakkan memasak air minuman dalam cerek berkali-kali.

8) Dakwaan minum sejuk akan membuat lemak susah untuk di hadam adalah tidak benar.

9) Dakwaan air panas suam akan meningkatkan kerja metabolisma tubuh juga bukan fakta tepat. Sistem metabolisma yang bermula dari kerja kelenjar tiroid yang akan mengeluarkan beribu enzim, bukan air panas suam yang menjalankan kerja metabolisma.

Artikel Lain