suria

Jangan buang kulit telur! Ketahui khasiatnya jika dicampur dalam makanan atau minuman

Kulit telur mempunyai khasiat untuk kesihatan manusia.

TELUR merupakan salah satu sumber protien penting yang diperlukan badan setiap manusia.

Pelbagai jenis masakan boleh dihasilkan dengan sebiji telur sama ada boleh digoreng, direbus, masak gulai dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN: Benarkah pil kacip fatimah mampu ubati masalah haid terlewat atau tak menentu?

Biasanya setiap orang hanya akan menggunakan isi telur sahaja, tetapi tahukah anda bahawa kulit telur juga boleh dimakan selepas merebusnya.

Menurut Healthline, kulit telur mempunyai lebih kurang 40 peratus kalsium.

Laporan mengatakan bahawa separuh kulit telur mampu memberi keperluan kalsium kepada orang dewasa.

Kulit telur mempunyai khasiat tersendiri.

1. Kalsium tambahan dan kesihatan tulang

Selain kulit telur, karbonat kalsium turut ditemui dalam siput, batu karang dan batu kapur.

Sedia maklum bahawa kalsium antara pembina dan menguatkan tulang. Kulit telur yang diproses akan menjadi serbuk boleh dimakan untuk kalsium tambahan.

2. Mengurangkan risiko osteoporisis

Kulit telur juga mampu mengurangkan risiko sakit tulang seperti osteoporisis yang dialami masyarakat seluruh dunia.

Penggunaan serbuk kulit telur ia bukan sahaja mengurang sakit tulang tetapi mampu menjadikan tulang kembali kuat.

3. Cara makan kulit telur

Penggunaan yang betul adalah dengan mengisar kulit telur itu selepas merebusnya.

Serbuk itu kemudian boleh dicampurkan dengan makanan atau minuman.

Dinasihatkan supaya tidak mengambilnya dalam kuantiti yang banyak kerana ia boleh memberi kesan kepada buah pinggang. - Indianexpress

Kulit telur, Kalsium tambahan, rebus

Artikel Lain