suria

Pengasas dedah Zumba tak boleh kuruskan badan, hanya keseronokan

SEBUT sahaja nak kurus, pastinya kawan-kawan ajak sertai aktiviti Zumba.

Malah, bagaikan sudah ada tanggapan dalam kalangan kita bahawa aktviti berzumba boleh menguruskan badan.

Namun, tahukah anda? Tujuan utama Zumba dicipta bukanlah untuk menguruskan badan.

Menurut Beto Perez, pengasas seni tarian itu, Zumba dicipta untuk mencari keseronokan sahaja.

Namun katanya, tidak dapat dinafikan bahawa peserta yang melibatkan diri dalam seni tari itu juga berupaya untuk menurunkan berat badan mereka.

Menurut Perez, aktiviti Zumba mengaktifkan endorfin iaitu hormon yang membuatkan kita berasa gembira.

Tidak terhad kepada kaum hawa, malah sesiapa sahaja boleh menyertai Zumba.

Kata Perez lagi, agak bosan kalau buat senaman biasa. Dengan Zumba, dapatlah kita semua melakukan aktiviti yang bukan sahaja sihat malah boleh memberikan kegembiraan.

Bagi yang tak tahu, ada empat teras utama dalam Zumba iaitu salsa, merengue, cumbia dan reggaeton.

Setiap teras ni pula ada 16 pergerakan dengan 25 variasi.

Dalam kesemua teknik pergerakan itu, hanya 25 hingga 30 peratus yang melibatkan pergerakan kecergasan.

Beto Perez.

"Falsafah utama Zumba ialah senang, seronok dan berkesan.

"Sebab itu dalam Zumba, dalam satu kelas ada gabungan golongan anak, emak dan nenek. Semua boleh join," katanya.

Menurut Perez, selebriti seperti Shakira turut menyertai aktiviti Zumba sewaktu hamil.

Namun, dia menasihatkan wanita hamil agar tidak melakukan pergerakan berimpak tinggi, sebaliknya hanya memilih rentak tarian biasa sahaja demi menjaga kandungan.

Tapi sebenarnya, anda juga boleh berzumba dari rumah. Banyak CD tarian zumba dijual di kedai. Malah, anda juga boleh mengakses video tarian Zumba di Youtube.

Jadi, mitos yang mengatakan Zumba boleh menguruskan badan sebenarnya agak tidak tepat, namun jika dilakukan dengan berkala dan betul, tak mustahil anda boleh menguruskan badan dengan berzumba. - The Jakarta Post.

 

Zumba, Beto Perez

Artikel Lain