Tip kesan kanser payudara - Famili | mStar

Tip kesan kanser payudara

Para wanita dinasihatkan agar memeriksa payudara mereka secara berkala. - Foto TNS

TENTU sekali ia dianggap berita duka jika seorang wanita itu disahkan menghidap barah payudara. 

Manakan tidak, ia dilaporkan menjadi faktor utama yang menyebabkan kematian akibat kanser dalam kalangan kaum hawa.

Menurut laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, dianggarkan kira-kira 27 wanita daripada setiap 100,000 penduduk mengalami kanser payudara.

Jadi, apa yang perlu dilakukan bagi memastikan anda bebas atau dapat mengesan risiko kanser payudara lebih awal sebelum ia memudaratkan kesihatan?

Sama-samalah kita manfaatkan saranan berikut sama ada untuk diri sendiri, ahli keluarga mahupun sahabat handai kerana ia pastinya mampu membawa perubahan dalam kehidupan jika tanpa berlengah-lengah bertindak.

Riben pink menjadi simbolik kepada kempen kesedaran kanser payudara di seluruh dunia. - Foto Shutterstock

1. Periksa payudara ketika mandi

Periksa payudara anda semasa mandi dan berikan perhatian jika ternampak ada sebarang perubahan pada saiznya, mengalami bengkak atau benjolan. Lakukan sekurang-kurangnya sekali sebulan.

Sekiranya terdapat ketulan, risiko mengalami kanser payudara dapat dikesan pada peringkat awal.

2. Perubahan puting payudara

Rasa perubahan pada kelembutan puting atau ketulan atau semakin menebal berhampiran kawasan payudara atau ketiak.

Selain itu, perubahan pada tekstur kulit atau pembesaran liang kulit payudara seakan-akan kulit buah oren juga adalah tanda awal yang perlu diambil perhatian.

3. Ujian klinikal


Kakitangan Majlis Kanser Nasional (kanan) menunjukkan demonstrasi pemeriksaan payudara kepada pengunjung sebuah pameran amal. 

Adakan temu janji dengan pegawai perubatan untuk menjalani ujian klinikal secara tahunan bagi mengesan sebarang keabnormalan payudara.

Pegawai perubatan akan memeriksa sama ada kulit pada bahagian payudara mengalami ruam atau lekukan-lekukan kecil, manakala puting payudara pula mengeluarkan cecair atau tidak ketika dipicit lembut.

4. Mammogram


Pemeriksaan doktor terhadap mammogram pesakit. - Foto Reuters

Ujian mammogram dapat menunjukkan ketulan pada bahagian payudara sebelum ia dapat anda dirasai sendiri.

Ketulan ini boleh terbentuk disebabkan oleh kanser, sel-sel lemak atau sista.

Buat golongan wanita sekalian, ingatlah bahawa langkah awal mampu memberi peluang untuk 'membebaskan' diri anda daripada belenggu penyakit ini. Jangan sekali-kali membiarkan sel-sel kanser itu terus aktif hingga memudaratkan kesihatan anda.

kanser payudara

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Coklat tumpah, panggil bomba!

Mak Nyah maut dibelasah sekumpulan lelaki