suria

Anak bawah 5 tahun kerap mengamuk? Lisa Surihani kongsi cara memujuk

Pelakon Lisa Surihani dan suami, Yusry Abdul Halim bersama dua anak mereka, Yahaira Leanne dan Yusof Leonne. Foto Instagram @lisasurihani

BERHADAPAN dengan situasi anak mengamuk boleh menjadi perkara yang mencabar buat ibu bapa terutamanya dalam lingkungan lima tahun ke bawah.

Jika ia tidak ditangani dengan cara yang betul ia sebenarnya mampu memberi kesan kepada kanak-kanak termasuk personaliti mereka apabila kehendak dan kemahuan mereka tidak didengari.

Temper tantrum atau sindrom mengamuk itu sebenarnya salah satu bentuk komunikasi kepada orang yang lebih dewasa daripada mereka.

Lisa mempunyai cara tersendiri sekiranya anak-anaknya mengamuk. 

Bagi pelakon terkenal Lisa Surihani yang mempunyai dua cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, 3 tahun dan Yusof Leonne, 18 bulan pernah mengalami situasi sama.

Kata Lisa, anak perempuannya, Yahaira menunjukkan simptom 'throw a tantrum' ketika usianya menginjak dua tahun kerana ketika itu kanak-kanak itu belum mampu menyusun ayat dengan baik bagi memberitahu kemahuannya sehingga membuatkan dia kecewa dan mengamuk.

"Dia cuba berkomunikasi tetapi gagal kerana masih belum dapat menyusun ayatnya dengan baik dan mungkin disebabkan itu dia frust dan mengamuk.

Lisa bahagia di samping suami dan dua anak mereka.

"Pada awalnya memang sukar dan tidak tahu juga bagaimana hendak berhadapan dengan situasi itu tetapi lama-kelamaan saya mula memahami mengapa dia berkelakuan begitu dan cara mengatasinya," katanya.

Lisa berkongsi lima tip setiap kali dia berhadapan situasi anaknya mengamuk

1. Biarkan dia melepaskan kemarahan dan sebagai ibu bapa perlu memberinya ruang untuk bertenang

2. Cuba memujuk apabila anak berhenti menangis

3. Fahami kehendak atau punca anak melepaskan kemarahan dengan bertanyakan soalan

“Dia cuba berkomunikasi tetapi gagal kerana masih belum dapat menyusun ayatnya dengan baik dan mungkin disebabkan itu dia frust dan mengamuk.”

Lisa Surihani

Pelakon dan ibu dua cahaya mata.

4. Berikan pelukan dan belaian sebagai cara menenangkan mereka

5. Berikan kata-kata pujian kepada anak jika mereka berjaya bertenang dan memberitahu apa yang dimahukan

Lisa Surihani

Artikel Lain