INDIVIDU yang kerap melancong setiap tahun sering dianggap mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.Namun hakikatnya, sesiapa saja boleh menikmati percutian jika bijak merancang dan mengurus bajet walaupun dengan sumber terhad. Di Thread, seorang wanita turut berkongsi cara dia menyimpan wang serta menguruskan perbelanjaan untuk bercuti.Menurut wanita itu, perancangan berkenaan biasanya mengambil masa antara enam bulan sehingga setahun."Contohnya saya pergi Vietnam bulan Mei, saya dah rancang sejak bulan November tahun sebelumnya," kongsi wanita itu.Kita perlu membuat perancangan kewangan yang teliti sebelum pergi melancong. -Gambar hiasan AILangkah-langkahNovember - Rancang percutianDisember - Beli tiket penerbangan dari Malaysia ke VietnamJanuari - Beli tiket penerbangan pulang dari Vietnam ke MalaysiaBulan Februari, Mac dan April - Kumpul duit perbelanjaan untuk melancongAntara tip lain, dia turut menggalakkan orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam seperti bas ketika melancong.Beberapa lagi individu lain turut berkongsi cara mereka menabung."Buat akaun khas untuk travel. Pada saya, ia sangat membantu. Tiap-tiap bulan agihkan sikit masuk tabung tu."Beli tiket penerbangan dulu. Bulan-bulan lain, simpan duit untuk digunakan masa travel."Pakai travel agent. Boleh bayar sikit-sikit dan tak pening kepala nak cari transport dan makanan. Setahun satu negara, cukup," tulis netizen lagi.