KISAH rakyat Malaysia yang terperangkap dalam bencana banjir di Hatyai, Thailand kecoh menjadi bualan ramai sepanjang minggu ini.
Malah, segelintir netizen mengecam mangsa yang terlibat kerana didakwa mengabaikan ramalan cuaca sebelum berangkat ke sana.
Bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada masa akan datang, pelancong sepatutnya peka dengan faktor musim serta keadaan cuaca sebelum meneruskan perjalanan mereka.
Seorang pemuda di aplikasi Thread turut berkongsi mengenai bulan-bulan yang perlu dielakkan untuk bercuti ke Thailand.
"Bertahun dah aku keluar masuk Thailand, ini tip cuaca nak masuk Thailand," tulis pemuda itu.

Orang ramai dinasihati agar tidak mengabaikan ramalan cuaca sebelum memulakan perjalanan.
1. Oktober hingga Februari - Jangan masuk Thailand.
2. Mac hingga Jun - Waktu sesuai untuk bercuti.
3. Julai hingga September - 50/50, musim hujan, tapi bukan sampai tahap banjir.
Menurutnya lagi, April hingga Jun merupakan masa terbaik untuk pelancong melakukan aktiviti air di Thailand.
Tip netizen
Beberapa netizen di ruangan komen turut berkongsi tentang waktu terbaik untuk bercuti ke Thailand.
"Petua saya pula, Tahun Baharu Cina biasanya permulaan musim panas, jadi itu petanda bagus untuk pergi ke pantai seperti Krabi dan Phuket.
"Sebenarnya pertengahan Januari hingga Februari juga okey. Kalau ada hujan pun, jaranglah banjir. November hingga Disember saja berisiko tinggi," kongsi netizen.


