suria

Qatar dianugerah lapangan terbang terbaik dunia kalahkan Singapura, KLIA naik ke tangga 55

Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad Qatar, Doha menduduki tempat pertama.

BUAT pertama kali dalam tempoh sedekad, Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura gagal mempertahankan kemenangan dalam Skytrax World Airpot Awards.

Sebaliknya tahun ini Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad (HIA) di Doha, Qatar yang menunjukkan peningkatan setiap tahun berada di memenangi tempat pertama sementara Changi berada di tempat ketiga.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecil tetapi banyak keunikan, berikut 5 negara terkecil di dunia

Peningkatan kedudukan Doha itu sudah tentunya termasuk kerja keras syarikat penerbangan utamanya, Qatar Airways di mana pihak kerajaan telah banyak melabur pada syarikat penerbangan nasional itu dan lapangan terbangnya.

Apa menjadikan Qatar Airways sempurna adalah, bagi penumpang yang mempunyai penerbangan sambungan di HIA boleh menikmati lawatan ke lapangan terbang itu, penginapan dan makanan percuma.

Selain itu perkhidmatan pemindahan VIP saat penumpang turun dari kapal terbang memberi tambah nilai kepada peningkatan kedudukan lapangan terbang itu.

Changi

Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura berada di kedudukan ketiga.

Sementara itu, tiga lapangan terbang di Jepun tersenarai dalam kedudukan 10 terbaik pada tahun ini.

Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda mengekalkan kedudukan di nombor dua terbaik dunia manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Narita naik dua anak tangga di tempat kelima.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kensai pula naik satu anak tangga di tempat kesembilan berbanding tahun lalu.

Dalam senarai itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berada di kedudukan ke-55 berbanding di tempat ke-63 tahun lalu.

Anugerah terhadap Lapangan Terbang Terbaik Dunia itu dipilih melalui undian kepuasan pengguna yang dilakukan pada Ogos 2020 hingga Julai 2021.

DSC_2557

KLIA naik lapan kedudukan di tangga ke-55 tahun ini.

Dalam tempoh itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou, China menerima 35-45 juta penumpang dalam tempoh itu manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad pula menerima 25-35 juta penumpang.

Ini diikuti dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow (20-25 juta), Frankfrut (15-20 juta), Changi (10-15 juta), Zurich (5-10 juta).

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Berikut adalah 10 lapangan terbang terbaik dunia.

1. Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad Qatar (HIA)

2. Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda Tokyo (HND)

3. Lapangan Terbang Antarabangsa Changi Singapura (SIN)

4. Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Seoul (ICN)

5. Lapangan Terbang Antarabangsa Narita Tokyo (NRT)

6. Lapangan Terbang Antarabangsa Munich (MUC)

7. Lapangan Terbang Antarabangsa Zurich (ZRH)

8. Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow London (LHR)

9. Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai (KIX)

10. Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong (HKG)

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain