suria

Kecil tetapi banyak keunikan, berikut 5 negara terkecil di dunia

Monaco antara salah sebuah negara terkecil di dunia.

SETIAP negara mempunyai kawasan yang luas dan terbahagi kepada beberapa negeri dan daerah tetapi ada juga negara kecil dengan bilangan penduduk sedikit.

Meskipun negara ini kecil tetapi ia mempunyai tarikan tersendiri dan malah menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia.

ARTIKEL BERKAITAN: Tidur ditemani kucing, ini antara keunikan hostel Neko Hatago di Osaka

Berikut adalah lima negara terkecil di dunia dan fakta di sebaliknya.

pembukaan-kembali-vatikan-4_169

1. Vatican City

Vatican City merupakan negara terkecil di dunia yang hanya mempunyai keluasan 0.44 kilometer persegi. Ia juga dikenali sebagai sebuah negara yang menganut sistem pemerintahan Teokrasi iaitu berlandaskan agama.

Negara itu juga hanya mempunyai 1,000 penduduk dan dikenali sebagai 'enklave' kerana ia terletak di dalam negara lain iaitu Itali.

Kawasan vatican juga menjadi destinasi pelancongan yang tidak pernah sepi dengan pengunjung dari seluruh dunia. Sebagai tanda sempadan dengan Itali, Vatican dikelilingi oleh tembok-tembok di sekitar Rome.

Monaco

2. Monaco

Siapa sangka Monaco adalah salah satu negara terkecil di dunia dengan hanya berkeluasan 2.02 kilometer persegi. Meskipun kecil namun jumlah penduduknya lebih padat iaitu 30,000 orang.

Monaco masih termasuk dalam benua Eropah dan dikelilingi oleh negara besar lain seperti Perancis dan menghadap Lautan Mediterenian.

liechtenstein_169

3. Liechtenstein

Terletak di Eropah, negara terkecil berikutnya adalah Liechtenstein yang berkeluasan 160 kilometer persegi, dengan populasi penduduk hanya 37,000 orang.

Negara itu dipimpin oleh seorang perdana menteri dengan majoriti penduduk beragama katolik Rome.

Kehidupan masyarakat di Liechtenstein sangat dipengaruhi daripada negara sekelilingnya memandangkan kebanyakan penduduknya berasal dari Jerman, Switzerland dan Austria.

dbd9db88-30d2-4a66-9aee-1194a86bd2e2_169

4. Nauru

Nauru adalah antara lima negara terkecil di dunia yang terletak di Australia. Keluasannya juga hanya berukuran 21 kilometer persegi dengan 9,540 penduduk.

Sebelum ini Nauru pernah bergelar sebagai sebuah negara kaya kerana mempunyai lombong fosfat yang digunakan untuk membuat bahan letupan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bagaimanapun disebabkan pelbagai faktor geografi Nauru mengalami pelbagai perubahan dan kerosakan sehingga menjejaskan penghasilan fosfat.

c7017ce2-9123-42fa-9c46-c39ee0a42bed_169

5. Tuvalu

Tuvalu atau Kepulauan Ellice terletak di antara Hawaii dan Australia, lebih tepat di Lautan Pasitik. Negara itu hanya memiliki keluasan 26 kilometer persegi dengan kepadatan penduduk hanya 10,000 orang.

Bagaimanapun, semakin ramai yang berpindah keluar daripada kepulauan itu disebabkan paras air laut yang terus meningkat apatah lagi kedudukan Tuvalu terletak di tanah rendah.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain