suria

Bukan sahaja pencakar langit, Dubai kini miliki kolam renang paling dalam di dunia... Ketahui 10 fakta menarik Deep Dive Dubai!

Kolam renang itu dibina dengan kedalaman 60 meter.

DUBAI kini bukan sahaja terkenal dengan bangunan pencakar langit tertinggi di dunia tetapi secara rasminya ia baharu sahaja mencipta rekod memiliki kolam paling dalam.

Dengan kedalaman 60 meter, kolam renang itu berjaya memintas rekod sebelumnya yang dipegang oleh Deepspot, Poland yang mempunyai kedalaman 45 meter.

ARTIKEL BERKAITAN: Pastikan ada dalam wishlist anda... 5 jambatan terkenal dunia yang boleh didaki!

CNN melaporkan kolam Deep Dive Dubai menampung 14 juta liter air atau sama dengan enam kolam renang saiz Olimpik dan setidak-tidaknya empat kali lebih besar daripada kolam menyelam lain di dunia.

Guinness Record mencatatkan kolam renang itu sebagai 'Deepest Swimming Pool for Diving' atau kolam renang terdalam di dunia untuk menyelam pada 27 Jun lalu.

Deep_Dive_Dubai_Exterior-1024x683

Deep Dive Dubai menjadi tarikan terbaharu kepada pelancong yang gemarkan aktiviti lasak.

Bagaimanapun buat masa ini fasiliti kolam renang itu hanya dibuka kepada penyelam profesional.

Berikut adalah beberapa fakta menarik mengenai Deep Dive Dubai.

1. Suhu air kolam renang itu ditetapkan pada 30 darjah celcius bagi membolehkan penyelam mengenakan pakaian menyelam yang nipis atau persalinan renang biasa.

2. Kolam renang itu dibina berbentuk seperti tiram gergasi dan memiliki keluasan 1,500 meter persegi.

3. Bentuk tiram itu adalah sebagai menggambarkan Dubai yang terkenal sebagai negara penyelam mutiara.

4---deep-dive-dubai---foosball-fun-in-the-sunken-city

Pelbagai aktiviti boleh diterokai ketika menyelam.

4. Ia bukan kolam renang menyelam biasa sebaliknya terdapat binaan apartmen 'terbengkalai' dan binaan sebuah bandar di mana penyelam boleh menjelajahnya hingga ke dasar kolam.

5. Antara binaan yang terdapat dalam kolam renang itu adalah perpustakaan, ruang permainan, kediaman apartment, kereta, bilik tidur, studio dan sebagainya.

6. Kolam renang itu turut dilengkapi dengan sistem cahaya dan suara yang canggih bagi memberi suasana seperti di dasar laut yang sebenar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

7. Deep Dive Dubai turut menawarkan kursus menyelam bagi yang tiada pengalaman dan boleh menyelam bersama pemandu selam yang disediakan.

8. Bagi menjamin keselamatan penyelam sebanyak 56 kamera dipasang di setiap sudut kolam renang itu bagi tujuan pemantauan.

Deep Dive

Deep Dive Dubai semakin mendapat perhatian pelancong.

9. Bagi penyelam profesional, mereka perlu mempunyai sijil menyelam yang diiktiraf oleh Professional Association of Diving Instructors (Padi).

10. Apabila dibuka kepada awam kelak, kanak-kanak berusia 10 tahun turut dibenarkan menyelam.

Pengarah urusan Deep Dive Dubai, Jarrod Jablonski berkata, kolam renang penyelam ini adalah antara paling canggih dan sofisikated di dunia bukan hanya kerana kedalamannya tetapi apa yang terdapat di dalamnya.

"Ada beberapa kolam renang menyelam di dunia tetapi di Dubai adalah jauh lebih menarik. Bukan hanya ia paling dalam dan terbesar tetapi pembinaan bandar dan apartmen di dalamnya membuatkan penjelajahan penyelam lebih menarik seperti di lautan sebenar, " katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Shamsul Anuar letak jawatan menteri