PERCUTIAN mewah di luar negara bukan satu pilihan bagi kebanyakan daripada kita apatah lagi sekiranya destinasi yang dikunjungi mempunyai tukaran wang yang lebih tinggi berbanding Ringgit Malaysia. Atas sebab itu, sekiranya dapat bercuti ke negara Eropah sebagai contoh, ramai yang memilih percutian bajet bagi memastikan dapat menjimatkan wang. ARTIKEL BERKAITAN: 5 destinasi Instagramable di Malaysia yang boleh anda kunjungi selepas habis lockdown Bagaimanapun tahukah anda sebenarnya terdapat pelbagai destinasi yang sebenarnya menelan kos yang murah?Istanbul mempunyai sistem pengangkutan awam yang baik. Bounce sebuah syarikat penyimpanan bagasi terkenal baru-baru ini melakukan kaji selidik untuk mengetahui destinasi termurah di dunia untuk bercuti. Kajian itu dilakukan berdasarkan lima parameter iaitu hotel, harga makanan, tambang pengangkutan awam dan bajet hiburan. Kelima-lima parameter tersebut dibuat sebagai penanda aras bagi keperluan ketika bercuti di sesebuah tempat. Hasilnya, Buenos Aires di Argentina berada di tangga pertama diikuti Istanbul, Turki; Rio de Janeiro, Brazil; St. Petersburg, Rusia dan Krakow, Poland yang menjadi pilihan pelancong kerana bajet yang berpatutan.Rio de Janeiro antara destinasi impian bagi kebanyakan pelancong. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Kelima-lima destinasi itu sangat disukai pelancong dan kajian itu membuatkan ramai yang merancang untuk ke bandar-bandar besar itu apabila pandemik berakhir. Kajian itu turut menggabungkan destinasi paling mahal bagi pelancong dengan Zurich, Switzerland berada di tangga ke atas. Bandar besar lain dalam senarai itu adalah Reykjavik di Iceland, Geneva, Switzerland, New York, Amerika Syarikat dan London, England. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!