suria

Koh Samui antara 3 pulau popular Thailand kembali dibuka, tapi ada syaratnya

Koh Samui antara destinasi pilihan pelancong.

TIGA pulau pelancongan di Thailand iaitu Koh Samui, Koh Phangan dan Koh Tao bakal dibuka kembali kepada pelancong asing yang telah menerima suntikan vaksin Covid-19 bermula 15 Julai 2021.

Bagaimanapun pelancong yang mengunjungi tiga pulau di daerah Surat Thani itu perlu mengikuti pelan perjalanan yang ditetapkan selain menginap di hotel yang ditentukan selama tiga hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Perancis buka pintu sempadan, hanya penerima 4 jenis vaksin dibenarkan masuk!

Pada hari keempat hingga ketujuh, pelancong dibenarkan untuk melawat kawasan hanya dalam satu pulau tertentu sahaja.

Manakala pada hari kelapan hingga ke-15, pengunjung dapat bergerak ke dua pulau yang ingin sekiranya ingin berbuat demikian.



Koh Phangan antara yang mempunyai pantai yang cantik.

Pembukaan kembali tiga pulau pelancongan itu adalah mengikut jejak langkah program Phuket Sandbox yang dilaksanakan bermula 1 Julai ini.

Menerusi program itu, pelancong asing yang sudah divaksin dapat mengunjungi Phuket tanpa perlu menjalani kuarantin.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Namun mereka perlu menetap di Phuket selama 14 hari sebelum bercadang ke kawasan lain di Thailand.

Sekiranya mereka menghabiskan masa kurang daripada 14 hari di Phuket, maka pelancong tidak dibenarkan ke daerah lain dalam negara itu dan diminta pulang ke negara asal.

Pihak berkuasa Thailand, Anucha Burapachaisri memberitahu, pembukaan kembali pusat peranginan itu tetap disertakan dengan protokol kesihatan yang ketat dalam memastikan Covid-19 tidak kembali menular.

Program itu akan dimansuhkan sekiranya terdapat lebih daripada 90 kes jangkitan setiap minggu di kawasan tersebut.

Koh Samui, Koh Phangan dan Koh Tao adalah tiga pulau di Thailand yang terkenal dengan pantainya yang jernih selain memiliki resort dan hutan kecil yang menarik untuk dijelajahi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Wanita bingung kereta kemik angkara labu