suria

Tak sabar nak naik kapal terbang... tapi elok elak 5 makanan ini, baru boleh bercuti dengan tenang!

Jaga pemakanan sebelum menaiki kapal terbang untuk memberi keselesaan sepanjang perjalanan anda.

AKTIVITI melancong merupakan sesuatu perkara yang menyeronokkan, tambah pula bersama keluarga dan orang tersayang.

Namun, ramai di antara anda terlepas pandang atau memandang remeh tentang keselamatan dan kesihatan sebelum berangkat ke destinasi yang hendak dituju.

ARTIKEL BERKAITAN: Perancis buka pintu sempadan, hanya penerima 4 jenis vaksin dibenarkan masuk!

Kebiasaanya bagi yang bercuti dengan menaiki kapal terbang anda sering terlupa tentang pemakanan yang betul sebelum anda terbang menaiki pesawat.

Jangan terkejut jika apa yang dimakan mampu membuatkan anda berasa letih dan tidak selesa sepanjang perjalanan.

Penting untuk anda ketahui senarai makanan yang perlu dielakkan sebelum menaiki kapal terbang agar lebih selesa dan tenang.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Makanan segera

Burger, ayam goreng bukan sahaja kanak-kanak sukakannya malah golongan dewasa pun tak dapat nak menolaknya!

Ramai yang memilih makanan segera kerana ianya cepat dan sedap. Tapi anda perlu tahu kemungkinan semasa perjalanan anda akan mengalami perut kembung dan senak perut yang sering berlaku sebaik sahaja anda memakannya.

Makanan ringan masin

Makan sekali pasti nak lagi, dengan kerangupannya dan rasa sedikit masin membuatkan anda akan ketagih untuk menikmatinya selalu.

Anda perlu tahu bahawa setiap kandungan salty snacks mempunyai bahan sodium yang tinggi yang mampu menyebabkan fluid retention dan kembung perut.

Spicy Food

Kalau sehari tak dapat makan pedas memang tak lengkap rasanya. Sudah menjadi rutin bagi penduduk Malaysia untuk mencari sepinggan nasi lemak pada waktu pagi.

Perut memulas pasti tidak selesa untuk perjalanan jauh. Jadi elakkan untuk mengambil makanan pedas kerana ia mungkin membuatkan anda berasa pedih ulu hati dan meningkatkan asid ke dalam badan.

Bawang Putih

Memang tak dapat dinafikan bawang putih memiliki nutrisi serta manfaat yang baik untuk tubuh badan anda.

Tapi seperti yang anda tahu memakan bawang putih yang berlebihan akan menyebabkan nafas anda berbau. Bawang putih mengandungi sulfuric compound yang mampu merebak ke dalam kulit dan darah dalam badan.

Minuman berkarbonet

Sanggup ke menghabiskan masa dalam kapal terbang hanya berulang ke tandas? Sudah ramai yang tahu keburukan minuman air bergas berlebihan memberi kesan buruk pada tubuh badan.

Minum air gas sebelum menaiki pesawat bukan sahaja mengganggu proses pencernaan malah ia akan menyebabkan perut anda penuh angin dan tidak selesa.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Artikel Lain