suria

Lambakan 'akiya' di Jepun... sesuai dijadikan homestay, peluang pelancong rasai kehidupan kampung

Lambakan akiya di Jepun cukup membimbangkan.

LAMBAKAN akiya atau rumah kosong dalam bahasa Jepun ketika ini mendapat perhatian dunia yang kebanyakannya dimiliki oleh golongan tua di kawasan kampung.

Apabila ada pemilik rumah yang meninggal dunia, biasanya rumah berkenaan didiami oleh keluarga atau sanak-saudara namun faktor ramai anak muda meninggalkan kampung untuk merantau ke bandar besar seperti Tokyo menyebabkan rumah-rumah itu ditinggal tak berpenghuni.

ARTIKEL BERKAITAN: Menara Eiffel kembali dibuka kepada pengunjung dengan protokol ketat

Kediaman tanpa penghuni itu akhirnya menjadi usang dan atas sebab itu kerajaan mula menjual rumah-rumah berkenaan dengan harga murah dalam menarik minat pembeli tinggal di kampung.

Menurut maklumat dari laman web Lifull Homes, di Jepun terdapat 7.57 juta akiya dan angka itu dijangka bertambah setiap tahun.



Akiya dijual pada harga serendah RM20,000.

Apa yang menarik, ukuran sesebuah akiya biasanya cukup besar misalnya sebahagian akiya di Usuki, Kyushu kebanyakannya rumah dengan sembilan bilik.

Harganya pula dijual hanya sekitar RM20,000 namun kosnya boleh bertambah mengikut keperluan untuk memperbaiki dan ubah suai yang perlu dilakukan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bagaimanapun setakat ini, sambutan terhadap akiya agak perlahan disebabkan faktor pandemik selain ramai lebih suka menetap di bandar besar memandangkan peluang pekerjaan lebih terbuka luas.

Ada juga pihak mencadangkan agar kerajaan menjadikan sebahagian akiya sebagai homestay selain menjadikan ia kawasan pelancongan terutamanya kepada pengunjung dari luar negara yang ingin merasai pengalaman menetap di kampung sekitar Jepun.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain