suria

Moh awok bercuti penduduk Pahang... check out tawaran berbaloi resort bertemankan alam semula jadi sempena Aidilfitri

eRYAbySURIA tawarkan harga istimewa bagi penduduk Pahang.

MESKIPUN kerajaan tidak membenarkan rentas negeri bagi membolehkan kita pulang ke kampung halaman menyambut hari raya Aidilfitri, namun itu bukan alasan untuk bersedih di pagi raya.

Sebaliknya masih terdapat beberapa negeri yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan SOP tertentu seperti Pahang Darul Makmur.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! 44 peratus rakyat Malaysia rancang bercuti, paling tinggi di dunia

Untuk mereka yang berada di Pahang, mungkin boleh mengambil kesempatan ini untuk meraikan Aidilfitri dengan suasana berbeza iaitu dengan menginap di eRYAbySURIA.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bagi mereka yang berdekatan, anda boleh memilih untuk menginap di resort itu yang mempunyai tiga cawangan iaitu di Hot Spring Bentong, Janda Baik dan Cherating.

Paling best, bersempena hari raya, pihak eRYAbySURIA menawarkan harga berbaloi untuk merasai pengalaman bercuti bertemankan alam semula jadi.

Inilah masanya untuk Pahang Visit Pahang! Dalam pada masa sama ia dapat membantu industri pelancongan, termasuklah ēRYAbySURIA yang terjejas teruk sejak bermulanya pandemik.

Dengan itu, ēRYAbySURIA berbesar hati menawarkan PROMO MOH CUTI-CUTI PAHANG dengan harga bilik terendah!!

1. Cherating - Dari RM110/bilik/semalam

2. Bentong - Dari RM212/bilik/semalam

3. Janda Baik - Dari RM160/bilik/semalam

Sebagai langkah keselamatan dalam suasana pandemik, pihak eRYAbySURIA cukup menitikberatkan soal keselamatan pengunjung malah resort itu sentiasa disanitasi secara kerap, pekerja mematuhi SOP dan penjarakkan sosial yang terjamin. Apa tunggu lagi, moh aok bercuti di Erya!

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain