suria

Pulau Pinang diiktiraf lokasi persaraan ke-3 terbaik dunia

Pulau Pinang adalah pulau ketiga terbaik dunia dan pertama di Asia untuk persaraan.

PULAU Pinang menduduki tangga ketiga sebagai pulau terbaik di dunia dan pertama di Asia untuk menjalani persaraan pada 2021.

Menerusi senarai yang diterbitkan Travel Awaits itu, Pulau Mutiara itu digambarkan sebagai kaya dengan pelbagai budaya, kulinari dan hubungan baik dengan negara-negara lain di rantau ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama di Asia Tenggara... Jom pusing-pusing naik bas hidrogen di Sarawak

"Sekiranya anda ingin menggembara selepas bersara, Pulau Pinang adalah destinasi paling baik untuk dijadikan sebagai tempat tinggal tetap selain dari situ mudah untuk terbang ke negara lain di Asia Tenggara," tulis penerbitan itu mengenai negeri berkenaan.

Pulau Pinang berada ditangga ketiga dibelakang Pulau Malta dan Mallocra di Sepanyol.

Sementara itu, Pulau Pinang berada di tangga teratas dalam kalangan destinasi di Asia seperti Bali, Koh Samui dan Phu Quoc.



Jambatan Pulau Pinang yang ikonik.

Exco Pelancongan dan Ekonomi kreatif Pulau Pinang, Yeoh Soon Hin berkata, penghargaan itu merupakan satu lagi pencapaian bagi negeri yang terkenal sebagai syurga makanan itu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Pencapaian itu adalah satu lagi penghargaan buat sektor pelancongan di Pulau Pinang, menarik lebih banyak pesara dan pelancong untuk datang ke sini," katanya.

Yeoh menambah faktor pelbagai kaum dan budaya selain masyarakat yang mampu menguasai pelbagai bahasa juga adalah tambah nilai kepada keunikan negeri itu.

Tambahnya, sebelum ini Pulau Pinang konsisten tersenarai dalam undian dilakukan pihak antarabangsa seperti 11 Puau Terbaik untuk Persaraan oleh International Living pada 2020 dan 12 negara terbaik persaraan oleh New York Post, 2019.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain