suria

Fenomena luar biasa... Laut Jindo 'terbelah' setahun sekali, betul ke ada kaitan dewa laut?

Pulau Jindo, Jeollanam-do, Korea Selatan akan menjadi perhatian setiap Mac.

FENOMENA laut terbelah banyak terjadi disebabkan perubahan iklim selain faktor pasang surut air dan salah satu destinasi yang akan berlaku setiap tahun adalah Pulau Jindo, Jeollanam-do, Korea Selatan.

Setiap akhir bulan Mac, ribuan orang akan berkumpul untuk mengikuti Jindo Miracle Sea Road Festival bagi meraikan Laut Jindo yang 'terbelah' sepanjang 2.8 kilometer dengan lebar 40 meter yang menghubungkan dua pulau - Pulau Jindo dan Pulau Modo.

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan jadi tanah perkuburan, kerajaan Sepanyol wajibkan pemakaian pelitup muka di pantai

Laut Jindo yang terbuka membuatkan pemandangannya cukup indah dengan hampiran pasir disepanjang bukaan itu.



Orang ramai akan mengambil peluang bergambar pada bahagian laut terbelah.

Peristiwa itu bagaimanapun hanya berlaku selama sejam sebanyak dua kali sehari sehingga air laut kembali pasang.

Legenda yang diceritakan masyarakat setempat mengatakan kejadian luar biasa itu berlaku disebabkan oleh dewa laut meskipun penjelasan ilmiah disebabkan graviti bumi yang sempurna.

Keunikan Pulau Jindo menjadi tumpuan dunia apabila sekitar tahun 1970-an, Pierre Landy yang juga bekas duta besar Perancis ke Korea Selatan menyatakan kagum dengan fenomena alam itu.

Sejak itu, semakin ramai pelancong dari Eropah yang melawat kawasan itu bagi merasai pengalaman 'laut terbelah'.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain