suria

Thailand buka pintu kepada pelancong Julai 2021, ini syarat yang ‘kaki travel’ perlu tahu sebelum tempah tiket

Thailand bakal membuka pintu kepada pelancong bermula Julai 2021.

SEBELUM ini kerajaan Thailand mengumumkan akan membuka kembali pintu sempadan negara itu untuk tujuan pelancongan pada Julai 2021.

Meskipun pintunya kembali dibuka, CNN melaporkan, Thailand meletakkan pelbagai syarat kepada pelancong asing bagi memastikan penularan Covid-19 tidak berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Kampung Korea banjiri Indonesia, siap bina hanok untuk rasai pengalaman sebenar

Berikut adalah beberapa syarat ditetapkan oleh kerajaan Thailand bagi pelancong yang ingin masuk ke negara itu nanti.



Jika ada yang ingin ke Phuket, tidak perlu kuarantin.

1. Kuarantin

Pelancong yang memasuki negara itu perlu menjalani kuarantin selama 10 hari manakala bagi yang dijangkiti Covid-19, mereka perlu kuarantin selama 14 hari.

Bagaimanapun, bagi yang ingin ke Phuket, pelancong tidak perlu menjalani kuarantin namun perlu membuktikan diri mereka sudah divaksin.

2. Tidak melebihi 45 hari

Thailand mengizinkan pelancong asing yang menggunakan visa atau pas lawatan untuk berada di negara itu tidak melebihi 45 hari.

Namun mereka perlu memiliki sijil atau surat kebenaran kemasukan serta menjalani kuarantin ketika tiba di negara itu.

Pelancong juga diwajibkan untuk memuat turun aplikasi ThailandPlus dan perlu menunjukkan QR Code yang telah diimbas.



Terdapat pelbagai destinasi menarik di Thailand.

3. Bukti polisi insurans dan ujian Covid-19

Pelancong juga harus memberikan bukti polisi insurans yang merangkumi perlindungan rawatan Covid-19 dan hasil ujian negatif dalam tempoh 72 jam sebelum berangkat.

Selain bukti sudah divaksin, ujian saringan sekali lagi akan dilakukan setibanya di Thailand sebelum dikuarantin.

Thailand sebelum ini melaporkan angka jangkitan yang rendah hasil daripada SOP yang ketat terhadap rakyatnya. Bagaimanapun, pada Disember 2020, berlaku lonjakan jangkitan dilaporkan di Samut Sakhon di barat daya Bangkok.

Tindakan pantas kerajaan berjaya melandaikan jangkitan di daerah itu selain merentas negeri kembali dibenarkan sepenuhnya pada 31 Mac lalu.

Sehingga kini, negara itu mencatatkan angka jangkitan sebanyak 29,031 manakala 26,873 daripadanya pulih.

Thailand hanya mencatatkan 95 kematian sejak pandemik berlaku pada awal 2020.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain