suria

Tak payah ke luar negara, Malaysia pun ada musim 'sakura'

Dua sahabat, Iika Dian dan Sephia Putriani bergambar berlatar belakangkan pokok tecoma di Lebuh Light, George Town, Pulau Pinang. Foto THE STAR

BAGI merasai keindahan bunga Sakura yang hidup mekar di beberapa negara Asia seperti Jepun, Korea Selatan dan China, kita biasanya akan merancang percutian ke luar negara ketika musimnya sedang kembang mekar.

Bagaimanapun, musim bunga sakura biasanya datang dan pergi dengan begitu cepat malah kita perlu tahu mengenai lokasi tepat terdapatnya bunga itu di sesebuah negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelayaran Langkawi Escape dan Straits of Malacca bakal beroperasi menjelang Aidilfitri

Pandemik Covid-19 yang masih belum berkesudahan, nampaknya kita masih belum berpeluang untuk merasai keindahan musim sakura di luar negara.



Musim bunga “Sakura Malaysia” kini kembali lagi di sekitar Kuala Lumpur. - Foto BERNAMA

Tapi jangan cepat putus asa, sebabnya tahukah anda Malaysia sendiri mempunyai pokok 'sakura' yang tersendiri?

Seperti di Pulau Pinang, terdapat banyak pokok tecoma yang indah menghiasi pulau itu dengan pelbagai warna sepertu putih, merah hambu dan ungu.

Penduduk tempatan memanggil pokok ini sebagai pokok tisu kerana ia hanya mengembang mekar dari Februari hingga April.

Tak susah nak cari pokok ini, malah ia sangat banyak di kawasan perindustrian Bayan Lepas dan sepanjang lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu selain beberapa tempat.



Bunga-bunga tecoma yang jatuh ke lantai dan cukup indah di Pulau Pinang.

Pokok Tecoma ini juga turut tumbuh dengan banyak di Alor Setar, Kedah - paling popular adalah di sepanjang Jalan Kuala Kedah dan Jalan Langgar.

Selain negeri di sebelah utara, anda juga boleh menemui pokok Tecoma ini di Melaka, Terengganu dan Johor.

Sementara itu, bagi penduduk di Lembah Klang, anda juga boleh merasai keindahan pokok tecoma ini yang banyak melatari landskap terutamanya di Jalan Sentul menghala ke Batu Caves dan susur keluar Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ke Gombak.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain