suria

Nikmati hidangan sambil ditemani hidupan laut di Sea Life... Jom ke Legoland, kini kembali dibuka!

Rasai pengalaman menikmati hidangan dibawah air bertemankan hidupan laut di Sea Life, Legoland Malaysia Resort.

LEGOLAND Malaysia Resort mengumumkan bakal membuka kembali pintu taman tema itu kepada orang ramai bermula 12 Mac ini.

Manakala Hotel Legoland dan Sea Life pula dibuka kepada orang ramai pada 11 Mac dengan mengikut garis panduan dikeluarkan kerajaan seperti protokol kesihatan, kebersihan dan keselamatan di premis itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sunway Lagoon, Lost World of Tambun kembali dibuka... dalam bergembira pengunjung jangan lupa patuh SOP!

Menariknya, pembukaan Legoland Malaysia Resort kali ini memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai pengalaman menikmati hidangan enak dibawah air di Sea Life.

Ia adalah restoran pertama di Malaysia seumpamanya!



Taman tema popular ini bakal dibuka kepada umum bermula 12 Mac ini.

Lengkap dengan empat hidangan utama, sambil menikmati makanan yang enak bersama keluarga, pengunjung juga dapat menjamu mata hidupan di dalam air seperti black tip reef shark dan zebra shark.

Selain makan, Sea Life juga menawarkan lawatan ke akuarium yang menempatkan lebih 13,000 jenis hidupan laut untuk tatapan pengunjung.

Di situ juga terdapat kedai cenderahati yang menjual pelbagai barangan unik dan menarik untuk dibawa pulang.

Tempahan untuk merasai pengalaman menarik di Sea Life masih terbuka untuk 13 Mac dan 27 Mac serta 10 April dan 24 April 2020.

Bagi penduduk di negeri Johor, pihak Legoland Resort Malaysia menawarkan pakej menarik dua hari satu malam berserta sarapan dengan harga RM499.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain