suria

Sunway Lagoon, Lost World of Tambun kembali dibuka... dalam bergembira pengunjung jangan lupa patuh SOP!

Sunway Lagoon dan Lost World of Tambun kembali dibuka kepada orang ramai bermula 6 Mac.

BAGI yang merancang untuk membawa anak-anak beriadah ke taman tema, Sunway Lagoon dan Sunway Lost World of Tambun kembali dibuka kepada orang ramai bermula 6 Mac.

Pembukaan itu dibuat selepas kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Warna-warni Kampung Pelangi tarikan terbaharu destinasi percutian keluarga di Selangor

Kedua-dua taman tema popular ini bagaimanapun hanya menghadkan kunjungan pelawat sebanyak 30 peratus dalam satu-satu masa bagi memastikan keselamatan mereka.

Dengan pelbagai penambahbaikkan pada ruang dan masa operasi lebih panjang, pengunjung tidak perlu gusar kerana kedua-dua taman tema ini mementingkan SOP yang ditetapkan kerajaan.

Bagi memenuhi permintaan pelanggan, Sunway Lagoon di Petaling Jaya, Selangor turut memperkenalkan dua pakej iaitu '2 Play Again' dan 'Playdate'.

Permintaan pakej staycation di Sunway Lost World of Tambun juga meningkat dan terdapat pelbagai pakej menarik yang boleh dipilih oleh pengunjung.

Pengarah Eksekutif Sunway, Calvin Ho berkata, pihaknya tidak sabar menantikan kehadiran pengunjung yang sudah tentu tidak sabar menikmati pelbagai permainan menarik di kedua-dua taman tema tersebut.

"Diharap kami dapat memberi pengalaman luar biasa dan terbaik kepada pengunjung dan akan terus menampilkan yang terbaik kepada pelanggan," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain