suria

Kampung Korea banjiri Indonesia, siap bina hanok untuk rasai pengalaman sebenar

Salah satu Kampung Korea di Indonesia.

MENYEDARI kegilaan pelancong terhadap Korea Selatan kini terdapat lima destinasi di Indonesia yang menawarkan percutian seolah-olah berada di negara Kpop itu.

Paling menarik semua kawasan ini dibina benar-benar seperti berada di Korea termasuk landskap, tempat bergambar malah ada lokasi yang menyediakan hanbok (baju tradisional Korea) untuk pelawat memakai dan bergambar.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak payah ke luar negara, Malaysia pun ada musim 'sakura'

Berikut adalah empat 'kampung' Korea yang berada di Indonesia.

1. Pandeglang, Jawa Barat

Untuk menikmati pemandangan seperti di Korea, pengunjung hanya perlu ke Jalan Gunung Karang, Desa Kadu Enggang di Pandeglang, Jawa Barat untuk menikmati keindahan yang seperti di Korea.

Di tempat ini terdapat pelbagai lokasi instagramable seperti pokok sakura membuatkan seseorang berasa seperti berada di luar negara.

2. Bandung, Jawa Barat

Tarikan terbaharu di Bandung adalah kampung Korea yang terletak di Jalan Banten nombor 5-9, Kebonwaru yang dibuka kepada pengunjung setiap hari.

Menariknya di sini, terdapat pelbagai jenis hanok atau rumah tradisional Korea turut dibina bagi membolehkan pengunjung merasai suasana sebenar perkampungan di negara itu.

Dengan cuaca yang sejuk di Bandung, ia memberikan pengalaman sebenar seperti musim luruh di Korea dengan lambakan pokok tecoma, dinding yang dipenuhi tulisan hangeul.

Lagi best, di sini juga terdapat restoran yang menyediakan masakan Korea seperti ramyeon, kimchi, bibimbap, tteokbokki dan odeng.

3. Kediri, Jawa Timur

Seperti di Bandung, kampung Korea di Kediri juga menawarkan pemandangan deretan perumahan desa Korea dan taman bunga yang cukup indah.

Malah ia menjadi tumpuan pengunjung kerana terdapat pelbagai kawasan menarik untuk bergambar dan seolah-olah benar-benar berada di Korea.

4. Malang, Jawa Timur

Flora Wisata San Terra de La Fonte di Malang juga menyediakan percutian seperti di Koera. Di lokasi ini, terdapat pembinaan kawasan popular di Seoul yang cukup mengingatkan kepada Myeong-dong dan Gangnam.

Seperti di tempat lain, di sini juga, pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik selain menikmati hidangan Korea yang enak.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Artikel Berkaitan

Artikel Lain