suria

Selepas 28 tahun, Galeri Petronas ditutup ekoran pandemik Covid-19

Galeri Petronas tamatkan operasinya bulan ini.

GALERI Petronas yang dianggap sebagai destinasi seni utama di Kuala Lumpur telah dihentikan operasinya sebagai galeri awam berikutan penyusunan semula model operasinya bagi disesuaikan dengan perubahan dibawa pandemik Covid-19.

Meskipun ia tidak lagi dibuka kepada orang awam, karya seni yang ditempatkan di Petronas Art Collection akan dipinjamkan ke program lain sekiranya perlu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pulau Pinang diiktiraf lokasi persaraan ke-3 terbaik dunia

Ia sejajar dengan komitmen Petronas dalam mempromosikan pemahaman dan penghargaan seni dalam kalangan masyarakat di Malaysia meskipun bukan lagi di Galeri Petronas.

Galeri Petronas ditubuhkan 28 tahun yang lalu (pertama kali dibuka pada 1992 di Kompleks Dayabumi Kuala Lumpur) untuk memperjuangkan nilai seni kepada masyarakat dengan lebih meluas.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ia kemudiannya beroperasi di Suria KLCC semenjak 1998 dalam sebuah galeri berkeluasan 2,000 meter persegi.



Pameran MY Story: Transforming the Nation and Merdeka Series: Work In Progress yang pernah diadakan di Galeri Petronas pada 2014.

Sepanjang tempoh itu, galeri tersebut telah mempamerkan pelbagai pameran, penerbitan dan program penting dalam menyokong, mempromosi dan melestarikan seni kontemporari Malaysia.

Ia turut memainkan peranan penting dalam memberi pendedahkan kepada bakat tempatan dan karya mereka selain mengadakan pelbagai pameran antarabangsa dalam mendorong pertukaran idea dan kreativiti bagi membangunkan lagi seni di negara ini.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain