suria

Catatan pengembara... Di sebalik keindahan Jaffa, tersimpan pelbagai sejarah bumi Palestin

Pemandangan indah di pelabuhan Jaffa dilatari dengan bangunan pencakar langit di Tel Aviv.

HAMPIR setiap hari kita dihidangkan dengan pelbagai gambar dan video kemusnahan Palestin selepas dibedil bom dan roket oleh pihak Israel yang cukup menyayat hati.

Dalam gambaran kita, Palestin hanyalah sebuah negara yang mundur, dipenuhi debu dan landskapnya dipenuhi dengan batu konkrit daripada bangunan yang rebah ke bumi.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan pandang remeh kekejaman Israel! Ketahui sejarah Palestin dan keistimewaan al-Aqsa, kawasan suci ketiga bagi umat Islam

Bagaimanapun, seorang pakar motivasi yang juga dikenali sebagai The Travelling Imam, Dr Waleed Hakeem yang pernah menggembara ke lebih 100 negara berkongsi keindahan Palestin yang mungkin ramai tidak pernah mengetahuinya.



Masjid al-Jaffa yang masih tersergam indah.

"Saya mahu membawa anda menggembara ke beberapa bandar di Palestin agar kita boleh belajar apa yang telah dirampas dan sejarah di sebaliknya," tulisnya di Facebook.

Dalam catatan terbaharunya yang menjadi tular, Dr Waleed berkongsi keindahan Jaffa (disebut sebagai Yafa), sebuah bandar pelabuhan bersejarah yang dibina oleh orang Kanaan pada 4,000 sebelum masihi di laut Mediterranean, kira-kira 55 kilometer sebelah barat Jerusalem atau Baitulmaqdis.

Memandangkan jaraknya yang dekat dengan Masjid al-Aqsa, Jaffa sering dijadikan sebagai pelabuhan utama bagi umat Islam untuk mengunjungi Baitulmaqdis ketika itu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Malah, kawasan itu akan menjadi perhentian pertama di Palestin sekiranya pengunjung menggunakan perkhidmatan laut.



Keindahan Jaffa yang penuh dengan sejarah.

Ini menjadikan Jaffa sebuah kota yang sangat kaya, selain banyak mengeksport limau dan lemon ke luar negara memandangkan tanahnya yang subur. Jenama Jaffa Oranges ketika itu juga paling terkenal ketika kerajaan Uthmaniyyah.

Namun kata Dr Waleed, pada tahun 1799, pihak Napoleon mengepung Jaffa selama empat hari dan berjanji akan berdamai sekiranya pihak Jaffa menyerah.

Bagaimanapun, janji yang dibuat hanya cakap kosong apabila pihak penjajah membunuh pihak berkuasa, kaum lelaki dan memperkosa wanita.

Kedatangan tentera Uthmaniyyah berjaya menumpaskan Napoleon, memulihkan kota itu yang rosak teruk selain membina beberapa masjid di situ.



Antara bangunan dengan seni bina Islam yang masih tersergam indah.

Sultan Abdul Hamid II kemudiannya membina menara jam dan menghubungkan Jaffa dengan stesen kereta api.

Sebelum penjajahan pada 1948, Jaffa dianggap sebagai ibu kota budaya Palestin dan pusat pendidikan, kerana kebanyakan surat khabar, majalah, dan buku-buku dicetak dan diterbitkan di sini kerana penyebaran melalui laut yang mudah ke seluruh dunia Islam!

Populasi sebelum pencerobohan itu juga memperlihatkan 53 peratus masyarakatnya adalah beragama Islam manakala 27 peratus penganut agama Kristian.

Jumlah itu bagaimanapun menurun kepada 17 peratus beragama Islam dan lapan peratus Kristian apabila ramai daripada mereka diusir keluar dari Jaffa. Kini Jaffa terbahagi kepada empat kawasan kejiranan di Tel Aviv.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain