suria

Harapan Malaysia Ke Piala Asia Terkubur

Pemain Qatar, Khalfan Ibrahim (kiri) bersaing dengan pemain Malaysia, Mohd Razman Roslan (tengah) and Mohd Aidil Zafuan Radzak. -foto The Star/ GLENN GUAN
Pemain Qatar, Khalfan Ibrahim (kiri) bersaing dengan pemain Malaysia, Mohd Razman Roslan (tengah) and Mohd Aidil Zafuan Radzak. -foto The Star/ GLENN GUAN
Pemain Qatar, Khalfan Ibrahim (kiri) bersaing dengan pemain Malaysia, Mohd Razman Roslan (tengah) and Mohd Aidil Zafuan Radzak. -foto The Star/ GLENN GUAN

SHAH ALAM: Harapan Malaysia untuk mara ke pusingan akhir Piala Asia 2015 terkubur apabila kalah 0-1 kepada Qatar pada perlawanan keenam saingan kumpulan D pusingan Kelayakan di Stadium Shah Alam, Selasa malam.

Kemenangan itu membolehkan Qatar mengiringi Bahrain yang merupakan pendahulu kumpulan D bersama 16 pasukan terbaik lain bagi meneruskan cabaran di Australia pada 2015.

Pasukan pelawat bermula garang melakukan beberapa serangan dari sebelah kiri padang namun gagal menembusi benteng pertahanan kiri negara yang dikawal kemas Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak.

Usaha Kapten pasukan negara, Safiq Rahim untuk membuka jaringan gagal apabila sepakan deras yang dilakukanya pada minit ke-26 melepasi palang gol.

Skuad kendalian Datuk K.Rajagobal sekali lagi gagal menguna peluang yang terhidang apabila tendangan percuma yang disempurnakan Safiq pada minit ke-29 ditumbuk keluar oleh penjaga gol Qatar Saad Al Sheeb.

Babak kedua perlawanan, kelekaan pada pertahanan Malaysia mengundang padah apabila penyerang Qatar Al-Ali berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke-64 menewaskan penjaga gawang negara Khairul Fahmi Che Mat.

Harimau Malaya bangkit melancarkan serang bertubi-tubi untuk menyamakan kedudukan namum gagal menjaringkan gol sehingga pengadil perlawanan Kim Sang Woo meniupkan wisel penamat.

Kira-kira 1,000 penyokong terdiri daripada Ultras Malaysia yang menyaksikan perlawanan malam ini membuat kecoh sebagai bantahan terhadap kegagalan Pesatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Malaysia akan melengkapkan jadual perlawanan menentang Yaman pada Mac tahun depan namun venue perlawanan belum ditetapkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).-BERNAMA

Artikel Lain