Uruguay Pasukan Terakhir Mara Ke Piala Dunia 2014 - Sukan | mStar

Uruguay Pasukan Terakhir Mara Ke Piala Dunia 2014

Suarez (tengah) dikawal dua pemain Jordan pada aksi play-off kedua kelayakan Piala Dunia di Montevideo, Khamis.
Suarez (tengah) dikawal dua pemain Jordan pada aksi play-off kedua kelayakan Piala Dunia di Montevideo, Khamis.

LUIS Suarez bakal beraksi pada aksi Piala Dunia tahun depan selepas negaranya, Uruguay mengesahkan tempat ke Brazil dengan mengikat Jordan seri 0-0 pada aksi play-off kedua awal pagi Khamis.

Pasukan dari Amerika Selatan ini menjadi pasukan 32 terakhir yang layak, menewaskan Jordan dengan agregat 5-0 biarpun tanpa jaringan pada aksi kedua play-off ini.

Kini fokus 32 pasukan bakal tertumpu kepada undian kumpulan yang akan berlangsung pada 6 Disember ini.

Bagaimanapun Suarez belum lagi boleh menarik nafas lega memandangkan dia bakal beraksi dengan kelabnya, Liverpool hujung minggu ini bertemu Everton.

Pemilik kelab The Reds, John W Henry menawarkan penyerang itu menggunakan jet peribadinya untuk membawa Suarez kembali ke Anfield dengan lebih cepat sebelum bertandang ke Everton.

Penerbangan dari Montevideo ke Liverpool mengambil masa lebih kurang 16 jam, namun pengurus pasukan Brendan Rodgers berharap pemain itu dapat bersama mereka sebelum perlawanan bermula.

Suarez menjadi ayam tambatan Liverpool dengan mencatat lapan gol daripada enam penampilan musim ini.

Sementara itu, ini merupakan saingan play-off keempat Uruguay bagi saingan ke Piala Dunia termasuk menewaskan Costa Rica untuk ke Piala Dunia 2010, namun tewas kepada Australia pada tahun 2005 selepas menang pada tahun 2001.

Pada aksi 2010, Uruguay menamatkan saingan di kedudukan keempat terbaik dunia sekaligus menjadi pasukan terbaik keseluruhan di Amerika Selatan.

Mereka juga pernah meraih trofi piala dunia sebanyak dua kali (1930,50).

Luis Suarez , Uruguay , Piala Dunia 2014

Artikel Sebelum

Uruguay Pasukan Terakhir Layak Ke Piala Dunia

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain