suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Carrick Setuju Kontrak Baru Dua Setengah Tahun Untuk Kekal Dengan United

Michael Carrick
Michael Carrick
Michael Carrick

PERANCANG tengah Manchester United dan England, Michael Carrick telah menandatangani perlanjutan kontrak selama dua setengah tahun lagi untuk terus kekal di kelab tersebut sehingga kariernya tamat.

Pengumuman rasmi mengenai kontrak baru itu akan dibuat minggu depan oleh pengurusan United.

Kontrak baru Carrick itu juga akan turut mengandungi opsyen tambahan untuk terus kekal di kelab juara liga Inggeris itu selama 12 bulan lagi.

Portal Mail Online melaporkan, buat masa ini Carrick, 32, menerima bayaran sekitar £3.5 juta setahun.

Pengurus United, David Moyes melihat Carrick sebagai perancang utama di bahagian tengah kerana dia adalah salah seorang penyumbang bola paling tepat dalam Liga Perdana Inggeris.

Bekas pemain West Ham dan Tottenham Hotspurs itu buat masa ini terpaksa berehat sehingga ke hujung tahun kerana kecederaan tumit.

Artikel Lain