suria

Piala Liga Inggeris: Chelsea, Man United Tempah Slot Ke Suku Akhir

Fabio menjaringkan gol keempat United ketika bertemu Norwich awal pagi Rabu.
Fabio menjaringkan gol keempat United ketika bertemu Norwich awal pagi Rabu.
Fabio menjaringkan gol keempat United ketika bertemu Norwich awal pagi Rabu.

PASUKAN Chelsea menewaskan Arsenal 2-0 sekaligus menempah tiket ke suku akhir Piala Liga Inggeris, awal pagi Rabu.

Aksi penuh dramatik skuad The Blues diteruskan selepas 48 jam menundukkan Manchester City pada aksi Liga Perdana Inggeris Isnin lalu.

Jaringan Cesar Azpilicueta pada minit ke-25 manakala gol kemenangan dari Juan Mata minit ke-66 mengukuhkan skuad bimbingan Jose Mourinho itu untuk mara ke peringkat seterusnya.

"Kami memerlukan mereka untuk melengkapkan empat perlawanan," jelas pembantu jurulatih, Steve Holland.

Chelsea meraih enam kemenangan dalam enam perlawanan sepanjang bulan Oktober termasuk dua daripada aksi Liga Juara-Juara (CL).

"Kami memerlukan semua dan pagi ini, mereka mempamerkan semangat seperti mana yang dilakukan ketika menewaskan Man City sebelum ini," tambahnya.

Sementara itu, mengiringi Chelsea ke saingan suku akhir termasuk Manchester United yang turut menewaskan Norwich 4-0 pada aksi sama di Old Trafford.

Javier Hernandez meledak dua gol (m-20 penalti,54) manakala Phil Jones melengkapkan gol ketiga United sebelum Fabio menambah gol terakhir skuad bimbingan David Moyes itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain