suria

Liga Europa: Swansea Benam Valencia 3-0

Pemain-pemain Swansea meraikan kemenangan ke atas Valencia awal pagi Jumaat.
Pemain-pemain Swansea meraikan kemenangan ke atas Valencia awal pagi Jumaat.
Pemain-pemain Swansea meraikan kemenangan ke atas Valencia awal pagi Jumaat.

PASUKAN Swansea mempamerkan aksi luar biasa dengan menewaskan Valencia 3-0 pada aksi pertama Liga Europa di Stadium Mestalla awal pagi Jumaat.

Pasukan tuan rumah yang hanya beraksi sepuluh pemain selepas pemain pertahanan Adil Rami dibuang padang pada minit ke-10 permainan kerana menjatuhkan pemain lawan.

Gol-gol kemenangan dilakukan oleh Wilfried Bony (m-14), Michu (m-58) dan gol terakhir Jonathan De Guzman (m-62).

Pengurus Swansea, Michael Laudrup berkata, walaupun pihak lawan bermain dengan sepuluh pemain, pasukannya tetap mempamerkan aksi waspada.

"Kita pernah tengok sebelum ini dengan sepuluh pemain sesebuah pasukan itu mampu menang," jelasnya.

Senarai pemain:

Valencia: Guaita 5, Barragan 5, Rami 2, Mathieu 4, Guardado 5, Fuego 5, Banega 6, Feghouli 5, Fede 4, Canales 6, Postiga 5. (simpanan): Costa 4, Pabon 6, Bernat 6.

Swansea: Vorm 6, Rangel 7, Chico Flores 7, Amat 6, Tiendalli 6, de Guzman 8, Canas 7, Pozuelo 7, Dyer 8, Michu 7, Bony 8. (Simpanan): Davies 6, Lamah 6, Shelvey 6.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain